Monday 17 March 2008

“If we do not hear, see, or speak evil, we ourselves shall be spared all evil."


Alhamdulillah setakat ni saya hanya terlepas 3-4 puasa Isnin/Khamis sejak Awal Muharram haritu, dan dapatlah saya membuat serba sedikit analisa kasar mengenai puasa sunat ini.
Puasa bukan sekadar menahan lapar dari Subuh ke Maghrib sahaja. Semasa berpuasa, kita kena amalkan "see no evil, hear no evil, speak no evil" juga. Ok, sebelum itu, apakah kebaikan berpuasa sunat ni? Kalau nak jawapan sebenar bolehlah rujuk buku PMR atau buku-buku agama. Tetapi pada pendapat saya, kebaikan untuk saya adalah :

1. saya dapat reboot system badan
2. mengurangkan kadar asap monoksida dalam badan
3. mengurangkan lemak pada badan
4. mengawal nafsu – nafsuan
5. kesedaran mengenai aktiviti dan amalan buruk yang selalu dilakukan (contohnya; tergossip dan tercarut..dll. that is ’ter’ bukan sengaja..hehe)
6. Kurang belanja!
7. Dan tidak dilupakan meningkatkan tahap keimanan kita. Bila tengah puasa ni bolehlah practise sembahyang on time.


Dalam environment sekarang…oklah tak adil kalau saya pukul rata, dalam environment “saya”, saya terpaksa berhempas pulas untuk mengamalkan sistem 3 monyet tu (see,hear, and speak no evil). Kenapa? Saya mendapati, terlampau banyak perkara2 evil yang dilakukan setiap hari!!


See no Evil
Haa ni dalam environment saya agak mudah sebab majority geng di sini adalah lelaki (dalam 40+ R&D members, 1 je pompuan) tetapi bila kaum hawa lain tiba2 muncul kat ofis, semua jadi macam jakun..siap gossip2 lagi! so siapa yang rasa diri dia kurang lawa, datanglah ke ofis saya..sure dialah yang paling lawa sekali!! Email juga amat sukar dibendung. Kadang kala tajuk lain, isi lain, nama fail lain, gambar pun lain..so bila ’ter’tengok, tutup cepat2!

Hear no Evil
Setiap minit dan saat mesti terdengar umpatan orang. Dia ni mengata dia ni, dia ni kutuk mamat ni..paling famous adalah kutukan dan alkisah keburukan bos. Meeting pagi, mesti terdengar kutuk-kutukan. Tengah buat kerja, dengar kutuk lagi, rehat pun sama. Persoalan di sini, bolehkah kita tak dengar orang mengata dan mengumpat dalam satu hari penuh?

Speak no Evil
Bila dah dengar, kita cakaplah pulak! Tu yang susah tu! Kena pulak topik yang hangat, kita pun nak hangat jugaklah! Pot pet pot pet sembang kosong, kutuk orang..lagi-lagi sekarang ni pasal politik pulak! Member banyak yang aktif bercerita politik. Cerita pasal pemimpin ni tak dapat jadi MB la, kenapa dia tak naik la, kenapa sejak selesai pilihanraya tak muncul2 di media lah..keras kepala tak faham-faham orang dah tak mahu dia la.. ntah betul ke tidak semua tu...bila lenyap isu politik, kembali kepada mengutuk bos pulak..susah-susah..
Seperti kata tadi, ni adalah enironment saya.. environment anda mungkin tak se-evil ni.

Semoga iman ku kukuh untuk menangkis segala sumber-sumber kejahatan!! Anyway 2 hari je dalam seminggu..hehe mintak simpanglah seboleh-bolehnya…heheh

2 comments:

Marliza Radzi said...

reboot system badan tu memang terasa sungguh kan kesannya?

sistem 3 monyet yang memang sukar dilaksanakan dengan kenipisan imanku ini. heh.

Unknown said...

berkesan jugaklaa! nyah toksin dari badan..ringan skit rasanya..

easiest way to amalkan the 3 system is to live in a cave..gossip dengan batu dan glaciers..