Monday, 28 January 2008

PTPTN sucks

Pertama kali aku mendengar nama mu, adalah semasa daku baru sahaja mendaftarkan diri di menara gading. Rakan-rakan yang baru ku kenal, sibuk ke hulur-ke hilir mendapatkan borang itu dan ini, naik turun ke pejabat HEA dan HEP sehinggalah sanggup menaiki bas dan teksi ke Damansara untuk menyelesaikan apa yang mereka panggil PTPTN. Tidak mahu ketinggalan, aku pun turut sama walaupun kurang memahami apa yang penting sangat PTPTN ini. Dengan tahap pemikiran seperti remaja berusia 15 tahun, penuh kesenian aku turunkan tandatangan pada setiap ruang yang di pinta tanpa membaca dan membuat kaji selidik surat perjanjian tersebut. Masih lagi kurang faham arti sebenarnya PTPTN, ku tunggu beberapa bulan untuk melihat hasilnya.

"Weih ni dah masuk bulan berapa dah ni !!! apa cerita PTPTN??" Pelbagai rungutan yang ku dengar dan aku pun turut merungut sama supaya dapat menambah lagi topik-topik perbualan ku. Kolej Jati sudah kecoh! Kolej Seroja pun dengarnya dah sampai bakar-bakar tilam! Kolej Perindu pula melancarkan mogok tak nak main sepak takraw. Segala teropong di kolej tu pun telah di hantar pulang ke kampung, tanda protes. Pihak HEP di hujani dengan soalan-soalan yang datang dari semuah arah! Dengan profesionalnya, mereka menangkis dan smash soalan-soalan tersebut ke pihak PTPTN pula. Sibuk telefonis PTPTN menjawab persoalan siswa siswi ini sehingga mengigau di tengah malam buta menjawab telefon. "Bila PTPTN nak masuk??"

Indahnya suasana di pagi hari. Burung - burung menanyi riang. Sambil menghembus rokok Marlboro Lights rakan sebilik yang sedang tidur, sayup-sayup kedengaran gelak tawa manja siswi-siswi turun daripada bas universiti di seksyen 2. Berpegangan tangan melintas jalan, sambil mengendeng handbag Guess menuju ke warong makan depan kedai Maria untuk bersarapan. "Dum dish dum dish" bunyi polyphonic hand phone baru rakan ku. "uhm..Helloo?..haa Yang! er dah siap dah ni! ha..tunggu sat lagi abang datang..." "Pssst! psssst!" semerbak bilik aku berbau Tommy Hilfiger. Seperti David Blaine, rakan ku telah berubah seperti seorang peragawan walaupun tidak mandi. "Weih aku chow dulu..aku balik lambat kot..pi KL sat..dia nak shopping pulaak..kunci tinggal tempat biasa ye.."hilang dah kelibat model berbaju Calvin Klien berjeans Wrangler tu. "Pret!Pret!Preeeeet!" kedengaran pulak bunyi motor baru dia. Hebat...sungguh hebat! Secara tiba-tiba, semua orang tahu di mana ATM machine Perwira Affin Bank. Yang naik bas, pakai motor. Yang bergayut di pondok telefon, bergayut di power plug dalam bilik. Yang nasi daging merah sup kosong Student Corner, jadi Big Mac meal with Chocolate Sundae dan tapau McFlurry-member pesan. Ya..itulah tanda-tanda PTPTN dah "masuk".

3 tahun berlalu.
"Weih jom pi wisma Semantan!" Takkan aku dapat banyak ni je!!! mana boleeeeh!!!"merungut lagi.

5 tahun kemudian, di tempat kerja.
"Bro, lu dapat surat dari PTPTN tak? Aku dah dapat surat warning dah ni! aisey..gaji ciput macam ni, sampai ke tua baru settle!!


"kalau lah aku tak ambik PTPTN dulu..."

3 comments:

Jay Ismail said...

hahahahaha....lawak sial ko! btw..ko amek ke ptptn dulu..? tahun ni undi keadilan..takyah bayar ptptn katanya...hahahah

sharel said...

amik la bradeeer!! my ignorance chained me to years of debts!! fool fool...PKR? NEVER!!

Jay Ismail said...

hahaha...ini tahun aku maintain party dacing..hhehe..aku ingat nak vote for party buih..tapi takde dlm list..eheheh