Wednesday, 4 April 2012

Menangis

Bila last aku menangis? Setahun? Lebih kot.. Wah lama juga tak menangis ni.



Tapi pagi tadi aku menangis.



Sebaik aku siap nak ke ofis, FIL inform dia nak balik KL hari ini. Emergency. Then MIL pulak tambah kata dia akan bawa Umayr sekali.



Aku congak dekat 10 hari aku takkan lihat,bau, peluk cium Umayr.



Aku yang dah nak keluar rumah tadi terus patah balik masuk bilik PIL untuk jenguk budak tu.Aku ciumnya kiri, kanan,atas,bawah, tak cukup lagi! aku dukung pulak,peluk kuat-kuat, cium lagi..dengan berat hati aku berkata" ok"-kelulusan untuk PIL membawa Umayr ke KL.



Lepas tu aku mundar-mandir dalam rumah, berat hati nak keluar, aku masuk balik bilik PIL, peluk cium Umayr yang sedang tidur tu lagi, sampai dia separa terjaga.. cakap "no!no!"- sebab aku kacau dia tidur. Memandangkan perjalanan aku ke ofis jauh lagi.. dengan seberat-berat hatinya, aku pun masuk ke dalam kereta. Pedal accelerator ni terasa berat lah pulak! Seberat butir-butiran air mata aku yang mencurah-curah keluar. Terasa mata mula membengkak.. aah sudah! Terus aku cuba menenangkan diri agar mata tak membengkak-member kantoi.

So this morning, this emotional, sensitive muscular handsome chap menangis dekat 10 km perjalanan ke ofis.

Tu baru terfikir tak dapat jumpa 10 hari! Belum lagi tak jumpa selama-lamanya? Daymn!..



My heart sincerely goes out to all the parents yang kehilangan anak-anak yang tersayang.


*Update (5/4/2012)

PIL tak jadi pulang semalam. Pulang ke KL today with Izza and the boys.

But this morning, Umayr terbangun from my routine rounds of smooching, " no! no! no!." a disaproval supaya Daddy tak pergi kerja.. then mintak dukung.. looked at the watch, terpaksa minta FIL dukung and he went "Daddddyyyyyyyy! Daddyyyyyyyyy!!" he cried all the way to porch..


man..



4 comments:

farah said...

what's with father and their first born. mmg sayang tu lain macam sikit.

sharel said...

Tulah kan? Ada apa dengan 'first born'? I guess because adiknya too clingy with the mom kot..Anas, don't get me wrong.. I love you too..

amadzlan said...

been there. heh.

sharel said...

this moning lagi lah! "daddyyyy..dadyyyyy..." my heart crushed...