Thursday 15 December 2011

Version 3.0

Man.... in the next few days, i’ll hit v.3.0.. yeala officially in July but still, once the calendar flipped, semua borang dah kena isi ‘age: 30’. 30 adalah tua. Kalau dulu dengar ‘minah ni couple dengan mamat umur 30’, dalam otak fikir pergh..”layan orang tua”..there are some yang rasa 30 belum tua lagi..40 lagi tua! Ofcourse! Makin tinggi nombor, makin tua la..But one thing for sure, we’ll never get any younger. Telan lah reality itu. To me ‘tua’ is a state of mind. Yes, muka, organs semua aging but i think minda kita boleh jaga ‘kemudaannya’. Look at Tun Mahathir. He’s a iving proof. While many 80+ duduk di rumah menunggu ajal tiba, Tun still writes, attend conferences dan masih boleh menjawab soalan-soalan pedas from press. Respect. Aku pun dah start kena tukar mindset.

30 adalah umur untuk membetulkan kesalahan-kesalahan.

Macam game, Beginners level, Amateur, Pro, expert yada yada..Aku telah menggunakan umur 20 an aku untuk absorb ilmu at amateur level. Along ‘route 20s’, memang banyak problem dan kesalahan yang aku belajar. So 30an adalah masa untuk execute ilmu-ilmu kehidupan ni secara professional. Silap tu mesti ada jugak, but i’ll try to keep it down low.

Alhamdulillah so far i’m happy with my 20s. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam terlebih tua dari umur dan ada kawan-kawan yang lagi happening hidupnya sehingga timbul sedikit envy dan jealousy, namun aku tetap happy. Ada kawan-kawan di luar sana yang tak mengecapi apa yang aku telah kecapi hari ini. Sharel, always remember this.
I’m blessed with a friend yang aku jadikan isteri dan teman hidup, with her i’m blessed with 2 handsome sons juga sebagai saham kami untuk hari esok, blessed with a house to protect isi rumah dari hujan panas, cars to drive us around, pekerjaan yang stabil dan bersyukur dengan ample ringgits, cukup untuk menjalani kehidupan yang selesa. Paling penting, bersyukur dengan kesihatan dan nyawa yang dikurniakan setiap hari.

Bersyukurlah dan sentiasa beringat kawan-kawan yang less-fortunate.

  • Kalau kedai tu serve nasi keras macam batu, ada kawan-kawan di luar sana nak makan batu pun tak dapat.
  • Kalau kedai tu bagi service macam haram, ada kawan-kawan yang tak termimpi boleh jejak kaki dalam kedai tu.
  • Kalau tension side mirror bengkok kena langgar mat rempit tadi, ada kawan-kawan di luar sana yang tak pernah tengok floor mat kereta pun.
  • Kalau tension phone asyik hang, ada yang nak beli phone pun tak mampu. Baru belajar nak dial number, phone booth pulak makin takde.

Aku pun dah start merapu jinjang dah ni. Sebelum aku off-topic lagi, baik aku akhiri dengan hadis di bawah:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu
sedekah jariah atau
ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau
anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)