Monday, 4 July 2011

Bersih 2.0

image: http://ny-image1.etsy.com/il_fullxfull.168892621.jpg


Apakah pendapat saudara mengenai perhimpunan Bersih 2.0?

Pertama sekali, perhimpunan itu bakal diadakan pada harijadi kedua-dua bapa saya dan memandangkan saya tidak patriotik serta saya dan keluarga masih hidup selesa tanpa ada perasaan tertindas, jikalau saya pulang ke KL, daripada bersesak di jalanan, adalah lebih betul dan lebih bertanggungjawab jika saya sekeluarga berada di rumah sahaja dan menggembirakan orang tua kami dengan sajian kek.

Saudara tak menjawab soalan. Apakah pendapat saudara mengenai perhimpunan Bersih 2.0?
Pendapat saya, ini adalah masa dan peluang untuk peniaga membuat wang. Memandangkan puluhan ribu akan berjalan-jalan sambil melaungkan slogan-slogan sehingga tekak kering, peniaga bolehlah mengaut keuntungan dengan menjual air di tepian jalan Makanan pun boleh dijual untuk mereka yang tak sempat sarapan atau yang tak sempat nak beli makanan tengahari. Jual baju pun InsyaAllah boleh untung. Setelah lenjun ditembak air, bolehlah mereka membeli baju yang kering dan bersih untuk dipakai atau membilas mata yang kepedihan. Topi dan payung pun sesuai juga. Mana tahu hari tu hujan atau matahari terik ke. Manila Card dan marker pun boleh di jual kepada mereka yang mahukan “pendapat” mereka lebih “didengari”.

Saudara, saudara masih tak menjawab soalan kami. Apakah pendapat saudara mengenai perhimpunan Bersih 2.0?
Lah..aku nak menjawab macam mana lagi? Tulah pendapat saya! Tanya pendapat, sukahati sayalah nak beri pendapat apa!

Baiklah. Adakah saudara fikir perhimpunan Bersih 2.0 ini perlu diadakan?
Bagi yang rasa perlu, perlulah. Bagi yang rasa tidak perlu, tidak perlu lah.

Kalau saudara? Perlu ke tidak perlu?
Kan saya dah kata, kalau saya pulang ke KL pada tarikh itu, saya akan merayakan harijadi bapa saya..

Tahulah..ish susahlah! Terima kasih sahajalah.
Sama-sama. Alang-alang encik ni sokong ke tidak Bersih 2.0 tu?

Saya sokong kerana saya mahukan Malaysia yang lebih bersih! Lihat sahaja persekitaran kita, ada sahaja sampah-sampah di tepian jalan, di taman dam di sungai! Tu belum masuk tandas awam lagi! Malah tandas berbayar dekat pasaraya pun kotor! Kadang-kala terbit rasa malu apabila melihat pelancong yang melancong di Malaysia ni. Majoriti beragama Islam, agama yang sungguh mementingkan kebersihan. Alah, mana ada agama dalam dunia ni yang menyokong kekotoran! Semua agama mementingkan kebersihan! Kenapa rakyat Malaysia tidak boleh menjaga kebersihan alam persekitaran? Susah sangat ke menjaga kebersihan alam ni??? Sebab itulah saya menyokong Bersih 2.0 ini untuk menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya kebersihan di dalam kehidupan (hidung kembang kempis..bersemangat)

Encik..Bersih 2.0 ni bukan.. takpelah..Semoga saudara berjaya lah nanti!

p/s: Pilihanraya tidak akan "bersih" selagi pembangkang tidak menang dan pabila pembangkang menjadi kerajaan, percayalah, pilihanraya akan menjadi "kotor" balik dan pembangkang yang baru ni pula akan membuat perhimpunan untuk "membersihkan" pula. This will go on and on and on... If you think that this is right and you're prepared to face the consequences, then go ahead! but please..leave the kids at home..

No comments: