Tuesday, 8 December 2009

Soalan Cepu Perak



Selama cuti seminggu di KL minggu lepas, ramai bertanya


1. Bila nak balik kerja di KL?
2. Anak siapa yang jaga nanti?
3. Bila lagi nak balik bercuti?
4. Dah 5 tahun dengan syarikat? Nak ke mana pula lepas ni?
5. Bila nak ‘second’ one?

Banyak lagi soalan-soalan lain, tapi aku jawab soalan yang 5 ni dahulu lah.

1. Bila nak balik kerja di KL?
Ini soalan popular. Macam nilah, KL memang ‘kampung’ ku dan segala-galanya memang ada di KL terutamanya sahabat handai dan keluarga tercinta. Siapa yang tidak mahu pulang ke pangkuan mereka? Jawapan terhebat yang mampu aku beri pun ialah, tengoklah macam mana rezeki kami sekeluarga. Kalau telah ditentukan untuk pulang, pulanglah kami. Macam mana rumah? Rumah bukan seperti kereta. Kalau beli kereta, bulan depannya harga jatuh 10 ribu. Beli rumah, tak sempat nak pindah masuk, dah naik pula 10 ribu (InsyaAllah..). Rumah bukan masalah. Setakat ni, kami masih jauh dari memikirkan untuk kembali ke KL.

2. Anak siapa yang jaga nanti?
Juga popular. Kami menghantar anak kami ke rumah pengasuh pada siang hari. Nama makcik tu Badariah, sama seperti nama Allahyarham mak ngah aku. Nampaknya tak lari nama Badariah dari keluarga aku.

3. Bila lagi nak balik bercuti?
Sepupu aku Adam Izuddin nak bertunang pada 19hb, Leilani akan menyambut harijadinya pada 20 hb dan emak pula macam nak buat tahlil pada akhir bulan. Jawapannya kami tak pasti lagi nak pulang bila. Tunggulah kemasukkan gaji setelah banyak dihabiskan di IKEA tempoh hari.

4. Dah 5 tahun dengan syarikat? Nak ke mana pula lepas ni?
Aku ni seorang yang loyal. Panggillah hamba ni Hang Tuah pun tidak mengapa. Aku ni mudah adapt dengan environment dan itu adalah masalah yang besar bagiku. Alhamdulillah selama 5 tahun sebagai pereka ni, pelbagai ilmu dan pengalaman telah aku pelajari. Tidak salah untuk terus berkhidmat dan tidak salah juga jikalau nak mengembangkan lagi ilmu di tempat lain. Aku berserah kepada takdir untuk menentukannya. Nak ke mana? Tak tahu lah.

5. Bila nak ‘second’ one?
Aku assume soalan ini untuk anak yang kedua. Dan sungguh jauh jauh jauh sekali dari maksud bini kedua (hehe). Semua orang boleh merancang, lagi sekali, jikalau telah ditakdirkan rezeki itu, why not?

“Tak jawab lagi ni.”
. Oklah..kalau boleh kami nak enjoy sepuas-puasnya melihat Umayr membesar. Kalau Umayr pula dah boring, bolehlah kita ‘tolong’ dia bagi adik..hahaha InsyaAllah..

7 comments:

amadzlan said...

aku paling benci soalan no.5. ingat dah kahwin, kerja asyik nak buat anak je ke? haha. lek lek, chill chill lah :P

anyway, it was nice meeting u guys in KL :)

Unknown said...

Tu dah jadi macam soalan standard untuk orang yang anak satu. Menyampah mak~..hehe

Tulaa same-same..next time kena lepak lama sikit..best!

amadzlan said...

one question: how do you post big pictures on your blog? kena edit the html ke? aku tak reti lah bab2 html ni. haha

Unknown said...

haha..ni kerjanya ghenyah sikit..

1. normally i will resize the image to 900 px (width)

2. upload to picasa web album (kalau upload di blogger pun, gambar tu pi picasa juga)

3. at picasa, click the newly uploaded image and it will land you to the gambar punya page. Sebelah kanan dia ada 'Link to this photo'- click

4. nanti keluar menu 'Link', 'embed image'..

select size - drop menu
(thumbnail/small/medium/large), dah select size, tick 'hide album link', copy script di 'embed image'.
(a href)

5. paste the script dalam 'new post' di blogger..

6. bangun dari kerusi, buat victory dance..

amadzlan said...

alamak ai lecehnya nak upload ke dulu ke picasa pulak, malas. haha. thanks for the info anyway.

izza syahida said...

no.2?? hehe kasi yg no.1 nye stretch mark hilang dulu...heheheh

Anonymous said...

rockwell q extened life brake shoes chloe replicas canada