Tuesday, 24 November 2009
Bila cuti sekolah
1. Tiang-tiang di jalan akan dipenuhi dengan bunga manggar, manila kad yang tertulis contohnya ‘abu & dayang’ , dalam keadaan basah (sebab musim hujan), photographer dan mak andam dapat bonus, caterer pun sibuk, graphic designers pun sibuk , dewan dan khemah fully booked dan erm..tok kadi pun resah bila tibanya hujung minggu. 9-10 bulan kemudian, mak bidan dan JPN pula kan sibuk!! Haha
2. Shopping complex pun sibuk. Panggung wayang pun berusahalah menayangkan cerita yang hebat-hebat. Food court penuhlah sedikit berbanding hari-hari lain. Game arcade pula penuh dengan
3. hospital pun ala-ala penuh. Car accident, lemas di laut, sungai, tasik, denggi. Taun, dan barisan anak ‘jantan’ berusia 12 tahun.
4. Hotel dan syarikat penerbangan pula mengambil kesempatan menaikkan harga. Penuh pula Facebook dan friendster dengan gambar-gambar percutian.
Apa-apa hal pun, tidak kiralah penggunaan ke arah kebaikkan atau sebaliknya, yang pasti, duit dan harta golongan ibubapa pastikan terkikis. Majlis kahwin, duit belanja anak-anak yang nak pergi melepak, bil hospital dan percutian serta hadiah anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan akhir. Di kala ini juga, perbelanjaan untuk anak masuk ke sekolah pada tahun depannya juga perlu diambil kira. Baju, seluar, beg, pensel semua nak kena baru!
Moralnya anak-anak sekalian, selalulah beringat akan betapa susahnya ibu dan bapa anda mencari dan mengumpul duit demi kesenangan dan kebahagian hidup anda. Tiada nilai dalam bentuk apa pun dalam dunia ni yang mampu membalas segala pengorbanan yang telah mereka buat untuk kita melainkan dengan balasan kasih sayang dan doa anak-anak sahaja.
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”
(Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sejak pangkat naik jadi ayahanda ni..cerita2,ayat2 pun lebih berjiwa kebapaan..
hahah..bila 'kita dalam kasut depa', baru kita tau susah senang perasaan depa..
buatlah apa yang patut sementara depa ada lagi ni..
Post a Comment