Tuesday, 8 September 2009

Bersangka Baik


Beberapa isu kebelakangan ini membuatkan aku teringat kepada bos lama aku dulu. Dia kata, “kita kena selalu bersangka baik dengan orang..”. Sebenarnya panjang lagi dia cakap, tapi yang tu je aku tangkap. Ex-boss aku ni yang jenis datang senyap-senyap dekat kita, ” Tuan Sharel, ada masa lima minit? Mari kita beringat dengan tuhan”..haaa lepas tu adalah ajak pergi 3 hari..dan lain-lainlah. Anyway back to topic, aku setuju dengan pendapat dia. Kita kena selalu bersangka baik dengan orang. Kalau kita ada sifat macam ni, insyAllah tiadalah penyakit sakit hati, stress, jealousy yang melampau dan lain-lain lagi. Hati pun relax, tenang je.. So ni antara isu-isu yang berlaku baru-baru ni, bukan aku je malah ada yang aku dengar orang lain cakap pun.

Kita harus bersangka baik dengan


Brader-brader polis yang kerap buat roadblock dekat-dekat nak raya ni. Mereka tu ikhlas bertugas demi menjaga keamanan negara serta mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan jalan raya. Saman yang dikeluarkan itu adalah peringatan dan pengajaran untuk kita. Bak kata Will Rogers, "When you give a lesson in meanness to a critter or a person, don't be surprised if they learn their lesson".

Kita harus bersangka baik dengan

Pemandu yang memandu 250 km/j di atas highway, flash high beam 47 kali suruh kita ke tepi. Manalah tahu masa tu dia ada emergency, wife dia in labour ke, hantar saudara dia ke hospital ke, kucing dia sakit ke. Tak pun dia flash banyak-banyak kali tu sebab nak bagi kita yang tengah mengantuk driving tu alert. Menolong tu...

Kita harus bersangka baik dengan


Bangla yang congak nasi kandar ayam madu kita tu RM7.00
. Tak usahlah baling teh tarik ke muka dia dan mengamuk complaint mahal. Pertama sekali, tak usahlah pertikaikan kehebatan skil mengira dalam otak dia. For all you know back home, Bangla tu maths genius rupanya. Akibat terlalu ramai maths genius, Sariff (bukan nama sebenar) sukar untuk mencari pekerjaan di kampung lalu berhijrahlah ke Malaysia untuk mencari nafkah yang halal demi menyara diri dan keluarga tercinta. Nasi Kandar Ayam Madu RM 7 tu lumrahlah. La ni pun RON 97 dah naik harga. Kos barangan pun naik la. Lagi pun sudah lumrah perniagaan. Sistem perniagaan mana yang tidak menekankan keuntungan?


Kita harus bersangka baik dengan


Bos yang memungkiri janji
. Percayalah, setiap perkataan, setiap action dan setiap decision yang dilakukan adalah atas dasar kepentingan syarikat dan demi kebaikkan pekerja. Kenapa perlu mempertikaikan kredibiliti bos? Siapalah kita kuli-kuli kasta rendah nak mempertikaikan golongan Brahmin ni?


Kita harus bersangka baik dengan


Bos yang memberi kita gaji yang ciput. Usahlah merengek gaji yang kita dapat tu tak setimpal dengan responsibility kita. Selalunya, especially dalam drama-drama kita akan portray orang yang dah kaya, dah banyak wang, dia mesti akan hanyut dalam dunia yang penuh dengan kegelapan dan dosa. Kahwin lain lah, pasang girlfriend la, bermastautin di kelab dangdut la etc. So dengan memberi gaji yang ciput, dapatlah si bos membuat amal jariah dengan mendidik kita supaya lebih berjimat cermat dan mengelakkan kita daripada terjerumus ke lembah yang hina. Bersyukurlah kita ada bos yang berhati suci macam ni..

Sungguh..

2 comments:

dhiya said...

betul²...

tp agak kelakar gak la ayat² ko.. haha

Unknown said...

kelakar? kelakar ada maknaaaa tu~