Sunday, 23 August 2009

Cara membersih dan menanam Uri

Aku memang blur nak handle benda-benda macam ni. Due date dah dekat, tak tahulah aku dah ready ke belum. Aku doakan semoga aku tak berdiri tergamam bodoh je esok.

Haritu aku adalah borak-borak dengan member kat ofis. Pop! Soalan cepu emas dari aku terkeluar. “Macam mana nak bersihkan uri ye?” Bertalu-talu jawapan ditembak. Ada yang cara ni, ada yang cara tu..Alamak!..aku pun capai kertas dan tulis.
Diingatkan ini hanyalah berdasarkan member-member aku, yang dari Kedah, dan majoritinya dapat ilmu ni yang diperturunkan dari nenek moyang diaorang. So kesahihan tu aku tak pasti lah. Entry aku kali ini, adalah berdasarkan daripada sudut tradisional sahaja. Mungkin ada amalan-amalan yang aku pun rasa macam lari sikit dari agama..Kalau nak tahu dari segi agama dan saintifik, boleh lah google lagi. anyway ni aku nak share apa yang aku dapat dari depa..



Pertama sekali depa habaq, Uri atau Placenta ni adalah “kawan”. So kena treat “member sepermainan” anak tu baik-baik.

1. Basuh uri dengan air sebersih-bersihnya. Pastikan ia bersih sehingga tiada kesan darah

2. Kemudian gunakan pula perahan limau nipis secukup rasa. Ia digunakan untuk menghilangkan bau. Ada yang kata memadai 3-4 biji.


3. Sesudah bersih, taburkan garam kasar, juga dengan niat untuk menghilangkan bau.


4. Selain daripada bahan di atas, ada yang menasihatkan untuk meletak asam keping, kapur (hilang bau) dan lada hitam (temperature). Menurut mereka, segala bahan-bahan di atas digunakan untuk menghindari uri dari dimakan oleh binatang.


5. Kain putih digunakan pula untuk membalut uri dan bahan-bahan tersebut.


6. Sebelum diikat, ada yang menasihatkan agar diletakkan beberapa batang paku atau jarum. Ini juga bertujuan untuk menghalang uri daripada dimakan binatang dan ada juga yang berkata relate dengan unsu mistik.


7. Setelah diikat,(ada yang cakap longgarkan sedikit ikatan) masukkan ia ke dalam tempurung. Pastikan tempurung yang jantan di bawah(tempurung betina yang ada lubang).


8. Untuk menanam, adalah beberapa pendapat di sini.


Jikalau lelaki – Tanamkan ia di dalam laman rumah atau di kawasan yang mudah dilihat

Jikalau perempuan – Tanamkan ia di luar pagar rumah. Agar senang dipinang orang. (Haha!)

Kedalamannya pula adalah juga petua-petuanya.

Jangan tanam terlampau dalam kerana orang tua-tua cakap, makin dalam ditanam, makin susah dan lembab anak tu nak belajar bercakap atau menulis. So tanam lah ia sehingga 1/7 tempurung bahagian betina tu di dasar. Kemudian letaklah bata rapat-rapat dikelilingnya agar binatang tidak dapat nak korek uri tu keluar. Dengan menonjolkan ia, anak tu akan juga menonjolkan dirinya dengan cepat belajar.

9. Amalan orang tua-tua lagi suruh tanam pokok kelapa bersebelahan dengan uri tersebut. So bila orang Tanya anak tu umur berapa, dia suruk tengok ketinggian pokok tu (kan senang kalau jawab je terus???)


10. Waktu sesuai untuk tanam? Pagi atau nak senja. Sebabnya, semasa melakukan aktiiviti ini orang yang membuat tu tidak boleh disapa dan diganggu. So time pagi dan senja ni katanya orang tak keluar rumah. (hehe!)


Kalau ada cara lain, sila lah share dengan saya ye..:)

11 comments:

twayblade said...

what my husband/bapak did was:-

1. cuci uri bersih2 ngn garam
2. bungkus dengan kain putih, letak skali asam keping (no paku)
3. letak bungkusan dlm periuk tanah (boleh beli kat kedai india, depa mesti ada juai periuk tanah ni)
4. sambil dok tanam tu, baca laa apa2 surah yg patut

my son's uri was buried under the pokok bunga kenanga kat laman depan rumah. takde sebab tanam situ.

Unknown said...

2. Paku tu memang agak pelik la..
3. Wah ini mahai punyaa..sini pakai tempurung ja..hehe

Thank you! thank you for sharing! have yet to decide whether to leave it to the "orang-orang tua", or i do it myself..hmmm

sya said...

erk... asal i rase bapak2 sedara n parents i gune sabun biase pakai belasah aje untuk kelima lima anaknyer???
hahhaha
tempat tanam pon tak specific, pakai tanam jer,
tapi ade yang cakap kene buat lubang kat periuk tanah tu... supaya tak terendam dengan air... biar air klua... nanti anak kembung.
bace2 la surah ape yang patut,
owh... this part is interesting org cakap.. mase tanam tu... pakai la kemas2 my parents saya kata, mase tanam uri saya, bapak saye pakai selekeh, sebab tu saya dressing pon selekeh, so, untuk anak2 lepas tu, siap pakai baju melayu! LOL

Unknown said...

hahaha..aku macam ada dengar jugak pasal pakai "smart-smart" tu.

"..sebab tu saya dressing pon selekeh.." > ni consider living proof kah? hehe

Event : Tanam uri
Attire: Black tie

izza syahida said...

dady-nye la yg tanam...lebih afdal... =D

Unknown said...

sungguh sungguh..nanti wife tolong amik gambar ye..

izza syahida said...

heheh..tgh pantang ar..shoot dari jauh boleh? =D

Unknown said...

hah..ni kena beli lens zoom baik punya ni...nanti kakanda usahakan ok..

izza syahida said...

wah..pantang suggest.. ;p

Anonymous said...

Naja, ob das alles so richtig ist..

Unknown said...

wenn auch nur ..