Makan dalam plastik bungkusan.
“Pembaziran air adalah amalan Syaitan, amalkan kehidupan kitar semula- Sharel”
Sesetengah orang kena makan dalam keadaan yang proper; Pinggan, bersudu, mangkuk etc. Pinggan yang ada di hostel ada di dewan makan di bawah. Kerana ketiadaan budak junior untuk ambilkan, aku pun develop skill untuk makan melalui bungkusan, tak kisahlah plastic bag ke, Tupperware dalam rak kasut ke. As long as perut kenyang. Nasi pattaya, laksa atau meehoon sup, semua aku hirup! Lepas makan, terus buang. Tak payah basuh pinggan. Sadly, tabiat tak semonggah ni aku teruskan sehingga sekarang atas dasar mengekalkan kehidupan serba minimalis (dalam kata lain, malas basuh pinggan) serta Green Living (penjimatan penggunaan air).
Membasuh pakaian
“Sesungguhnya , mereka yang menyuruh adik-adik junior membasuh bajunya, maka 2 minggu lah mereka berulang-alik ke sekolah menaiki bas!- Zaibo, Warden”
Memandangkan dulu baju-baju aku semua mak yang basuhkan, skill basuh baju aku zero. Aku hanya basuh dan kapur kasut sekolah je. Namun hostellah yang mengajar aku bahawa berus bukan sahaja digunakan untuk memberus kasut, malah baju dan seluar juga! Di hostel juga aku belajar kesan-kesan baju direndam lama, kesan baju yang ditinggalkan di amapaian, cara-cara perah dan mengeringkan baju secara efektif dan cara menyuruh budak junior membasuh baju sehinggalah warden kantoi aku suruh budak tu basuh dan digantung hostel seminggu.
Main gitar
“Sesungguhnya, mereka yang tidak belajar bermain gitar semasa hidupnya di asrama, mereka termasuk di dalam kalangan orang-orang yang rugi – Sharel “
Masa tu zaman jamming. So guitar was hot! Macam-macam lagu aku belajar kat hostel. Kalau nak ikutkan aku memang tak dengar lagu melayu tapi nak jamming punya pasal, aku pun belajarlah. Lagu XPDC dan apa entah nama yang lain-lain tu. Metallica juga a favourite. Asal pegang guitar je, nothing else matter..part goreng, senyap..hanya insan-insan istimewa dan terpilih dikalangan kami yang mampu fill-in part goreng tu. Aku mempertengahkan budaya deftones dan weezer. Oh! Bila teringat balik ni, banyak juga kaset-kaset dan bateri-bateri walkman yang aku bawa ke hostel. Kepada hostel-hostel yang ban walkman, i pity you..damn the man! (empire records)
Buat ‘O’
“Sesungguhnya, mereka yang tidak menghisap rokok di tandas asrama, merekalah dari kalangan golongan yang baik-baik dan beruntung – Sharel “
Ye. Saya yang bodoh ini hisap rokok sejak sekolah lagi dan ia berlarutan sehinggalah tahun lepas. Cool konon.. cait. Poddaah..masa tu Marlboro Lights 20s baru RM4.50 kot.. sekarang RM10!! Pergh.. Anyway atas lemahnya iman dan menyalahkan “pengaruh rakan sebaya”, aku tekun belajar buat ‘O’ atau ‘smoke ring’ dengan kawan. Tak taulah berapa batang yang aku dah habiskan atas tujuan ini. Akhirnya, berjaya juga.
Soalan:
Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman-pengalaman anda ini, adakah anda akan menaruhkan kehidupan anak –anak anda dengan menghantar mereka menjalani kehidupan di asrama?
Hmmm.. jika telah ditetapkan, nak buat macam mana? HE knows best.