Thursday, 2 January 2014

2014

Assalamualaikum

This page has been a no-show since Sept 2012. I blame Facebook, Instagram and this Blogger app.(this will be my 3rd or 4th attempt posting via app)..

Lets see how it goes..

Sunday, 23 September 2012

Warded

<p>Hari ini dalam sejarah. Selama ni asyik teman anak, isteri and parents je di hospital, hari ni my turn pulak. First time on iv drip and first time warded. Personal hospital matters ni, paling serius pun masa tahun 1999, rugby match, which permanently left my collar bone fractured and gigi chipped. Walaupun pengsan sekejap, tu pun tak hospitalized.</p>
<p>Apakah perasaannya? Boring. Terlampau boring sampai aku explore instagram, boring sampai aku terfikir nak blog balik. Bila dah stop lama, nak start balik cukuplah liat. Anyway i've just downloaded this blogger apps by google, hopefully it'll help clear dusts and spiderwebs di sini.

Talkabout apps and such, when izza asked "what to bring to the hospital?", all i can think off adalah:

Chargers
Tab
Psp
Hdisk with movies

After few minutes,

Toiletries
Track pants
Selipar
Sejadah

Later my Izza came back to the hospital with all including other necessities such as towel, t-shirts, drinking water, pinggan mangkuk and September 2012's reader's digest. :-D

Sambung balik..nurse nak cucuk ubat



Wednesday, 15 August 2012

Selamat Hari raya 2012

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin!

From,
One Happy Family at Home

Sunday, 12 August 2012

Industrial Design



IDE-2003

Industrial design is the practise of analyzing, creating and developing products for mass manufacture. Its aim to achieve forms which are assured of acceptance before extensive capital has been made and which can be produced at a price that permits wide distributions and reasonable profits
          Allahyarham Prof Dr. Tamyez

Thanks to Kak Muna.

Tuesday, 7 August 2012

Submission of Thesis (hari ini dalam sejarah)


So the day has finally arrived. Today I’ll submit my research of 4 years (could’ve been shorter) to IPS; 3 copies of hard binds, 3 sets of thesis burnt into CDs with couple of forms I blindly signed. Man.. this has been a burden, I blame this thesis for robbing the fun out of me, worst,   tahun-tahun terakhir umur 20an telah dihabiskan untuk thesis ini! Siut..anak pun dah lama tak jumpa, panggil “daddy” pun dah tak tahu.. “uncle, uncle…”  Umayr pulak cakap “stranger! Stranger!”
  
OK I exaggerated..semua ini adalah untuk kepuasan diri dan keluarga terchinta. Kalau tak dalam ‘acknowledgement’ tak letaklah nama diaorang sebijik-sebijik..

It’s 8 and I have to get ready.. meeting Cik Su at 10!

p/s: Oh Pakcik glamour sekejap in yesterday’s Sinar Harian. A VI friend posted the article in FB with caption “Takbir!”…haha yet to see the actual print..nantilah..

Tuesday, 17 July 2012

Monday, 16 July 2012

My 5th Wedding Anniversary gift to wife


The adventures of Sharel and Izza

Happy 5th anniversary yang!


MY 5TH WEDDING ANNIVERSARY from sharel on Vimeo.




Thursday, 12 July 2012

Dr. Martens


Favourite shoe? Doc Marts comes second after Chuck’s. Got my first pair of Doc Marts from Tangs Singapore way back in 93. It was the original 8 eyelet Cherry Reds. Love them but size 8 doesn’t last forever. My second and last pair was a grey, lightweight boot which I got from the store in Covent Garden. Coolest boots ever! Lightweight, rare and it grooves with every pants I’ve ever worn. But sayang seribu kali sayang, I abused it by wearing it as safety boot all through my  uni years; scratched and damaged, worst, the boots are nowhere to be found! Bummer..

Well, since my birthday is around the corner (hehe), i’m ‘OK’ with any of these. 

And i would love to get Izza one of these.. If she likes em..


Sure looks cool with baju kurung..hehe

Thursday, 28 June 2012

Hostel Life



Semasa menggosok baju, instead of  meletakkan iron di tray atau berdirikannya, aku akan baringkan ia dalam keadaan mengereng, a ‘habit’ yang aku adapt since hostel. Why? Sebab bahagian bawah iron yang aku pakai masa hostel tu pecah (kerana banyak kali jatuh) dan tak boleh berdiri. Walaupun iron yang aku pakai sekarang ni ok, aku still mengerengkannya. Dah jadi habit. Anyway and that got me thinking; apa lagi skills yang aku dapat dari hostel life?




Makan dalam plastik bungkusan.
“Pembaziran air adalah amalan Syaitan, amalkan kehidupan kitar semula- Sharel” 

Sesetengah orang kena makan dalam keadaan yang proper; Pinggan, bersudu, mangkuk etc. Pinggan yang ada di hostel ada di dewan makan di bawah. Kerana ketiadaan budak junior untuk ambilkan, aku pun develop skill untuk makan melalui bungkusan, tak kisahlah plastic bag ke, Tupperware dalam rak kasut ke.  As long as perut kenyang. Nasi pattaya, laksa atau meehoon sup, semua aku hirup! Lepas makan, terus buang. Tak payah basuh pinggan. Sadly, tabiat tak semonggah ni aku teruskan sehingga sekarang atas dasar mengekalkan kehidupan serba minimalis (dalam kata lain, malas basuh pinggan) serta Green Living (penjimatan penggunaan air).  

Membasuh pakaian
“Sesungguhnya , mereka yang menyuruh adik-adik junior membasuh bajunya, maka 2 minggu lah mereka berulang-alik ke sekolah menaiki bas!- Zaibo, Warden”

Memandangkan dulu baju-baju  aku semua mak yang basuhkan, skill basuh baju aku zero. Aku hanya basuh dan kapur kasut sekolah je. Namun hostellah yang mengajar aku bahawa  berus bukan sahaja digunakan untuk memberus kasut, malah baju dan seluar juga! Di hostel juga aku belajar kesan-kesan baju direndam lama, kesan baju yang ditinggalkan di amapaian, cara-cara perah dan mengeringkan baju secara efektif dan cara menyuruh budak junior membasuh baju sehinggalah warden kantoi  aku suruh budak tu basuh  dan digantung hostel seminggu. 

Main gitar
“Sesungguhnya, mereka yang tidak belajar bermain gitar semasa hidupnya di asrama, mereka termasuk di dalam kalangan orang-orang yang rugi – Sharel “

Masa tu zaman jamming. So guitar was hot! Macam-macam lagu aku belajar kat hostel. Kalau nak ikutkan aku memang tak dengar lagu melayu tapi nak jamming punya pasal, aku pun belajarlah.  Lagu XPDC dan apa entah nama  yang lain-lain tu. Metallica juga a favourite. Asal pegang guitar je, nothing else matter..part goreng, senyap..hanya  insan-insan istimewa dan terpilih  dikalangan kami yang mampu fill-in part goreng tu. Aku mempertengahkan budaya deftones dan weezer.  Oh! Bila teringat balik ni, banyak juga kaset-kaset dan bateri-bateri walkman yang aku bawa ke hostel. Kepada hostel-hostel yang ban walkman, i pity you..damn the man! (empire records)

Buat ‘O’
“Sesungguhnya, mereka yang tidak menghisap rokok di tandas  asrama, merekalah dari kalangan golongan yang baik-baik dan beruntung – Sharel “

Ye. Saya yang bodoh ini hisap rokok sejak sekolah lagi  dan ia berlarutan sehinggalah tahun lepas. Cool konon.. cait. Poddaah..masa tu Marlboro Lights 20s baru RM4.50 kot.. sekarang RM10!! Pergh.. Anyway atas lemahnya iman dan menyalahkan “pengaruh rakan sebaya”, aku tekun belajar buat ‘O’ atau ‘smoke ring’  dengan kawan. Tak taulah berapa batang yang aku dah habiskan atas tujuan ini. Akhirnya, berjaya juga.

Soalan:
Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman-pengalaman anda ini, adakah anda akan menaruhkan kehidupan anak –anak anda dengan menghantar mereka  menjalani kehidupan  di asrama?

Hmmm.. jika telah ditetapkan, nak buat macam mana? HE knows best.




Wednesday, 6 June 2012

Misai Plus

Impikan misai yang macho seperti Burt Reynolds? 

Gunakan Misai+Plus sekarang!

Misai Macho anda kan tumbuh dalam sekelip mata!



p/s: kesangapan menunggu mood buat correction thesis datang..


Monday, 28 May 2012

Yang, things to bring to the hospital

These post notes have been on the mirror since before Anas. Maksudnya dah lebih setahun ia terlekat di cermin tu. Ini menunjukkan betapa lemahnya "emosi" kami berdua untuk tidak membuang bahan-bahan "bersejarah" seperti ini. Sebelum ia hilang dari muka bumi ini, izinkan aku terus 'menyimpannya' di alam maya sebagai bahan untuk beremosi di kala tua.

Nota ini ditulis oleh Izza@wifey kepada sang suami. Ia ditulis dan ditampal beberapa hari sebelum Ihm@Anas tiba ke dunia. Basically list of stuff to bring to the hospital if Izza dimasukkan ke hospital  secara emergency.

First Note: 
Umayr's Stuff
  1. Diaper bag
  2. 2 bottles
  3. 2 susu compartments
  4. thermos - air suam
  5. extra baju + seluar + mamy poko
  6. socks + shoes

p/s: yg extra bottle, susu, mamypoko tu just in case klu nnti tetiba x cukup

love, wifey

Second Note:
Barang Ihm
  1. Diaper
  2. Blanket
  3. Baju + Seluar
  4. Mittens + Socks
  5. Napkins-2
  6. Towel
Third Note:
Barang Wife
  1. Disposable panties - 2 packs
  2. Kain Batik
  3. T-Shirt
  4. Sweater
  5. Pad - 1 pack
  6. Nursing Bra - 3
  7. Socks
  8. Selipar
  9. Charger HP
  10. Video Cam + Charger
  11. Toiletries
--------------------------------------

Another one for the 'Pensieve'!

Wednesday, 16 May 2012

Hari Guru


pic source: http://j-mayhew-faint.blogspot.com/2011/01/boner.html

Pagi tadi radio sibuk bercerita pasal hari Guru dan aku terkenang pada satu insiden ini. Berlaku belasan tahun lepas di sebuah sekolah yang unggul dan murid perempuan hanya terdapat di blok form 6. Untuk pengetahuan anda, di sekolah yang penuh dengan lelaki, ditambah pula dengan hormone yang sedang membuak-membuak, semua kaum hawa muda yang berada di school ground itu adalah cun! Tidak terkecuali seorang guru muda ini, yang mengajar English. Ramai yang kata dia cun gila dan ... segalanya pada cikgu itu, cun lah.. Memandangkan aku masa tu baru berpindah dari co-ed school, so i wasn’t that desperate and i find her as ‘ok’. Ok before i  go to the next chapter, hold this thought. ‘Cikgu English yang cun’ – ‘kegilaan pelajar-pelajar’.

Sekolah ini mempunyai satu tradisi di mana  saya lihat ia sebagai sungguh positive kerana ia mampu mengeratkan silaturrahim di antara semua kaum di sekolah itu. Menyambut hari jadi di sekolah ini adalah sungguh meriah kerana bukan sahaja birthday boy diraikan oleh  rakan-rakan kelas, malah atas dasar kekuatan ukhuwah, rakan-rakan  setingkatan lain juga akan meraikannya. Apabila terdengar sahaja nyanyian “ Happy birthday to youuu....”, ada cikgu atau tidak, semua akan bergegas ke kelas berkenaan untuk meraikan dengan menghadiahkan hadiah hari lahir.  Birthday boy ditempatkan di tengah, setelah lagu birthday selesai dinyanyikan (kadang-kadang tak habis) seluruh rakan-rakan tingkatan termasuk melayu, cina dan india akan “menepuk bahu dengan manja” dan berkata “Selamat hari jadi, wahai sahabat ku..”. Namun yang pelik dan ajaibnya, baju birthday boy yang berwana putih itu pasti akan bertukar kepada warna coklat, penuh dengan bekas-bekas tapak tangan, penumbuk dan tapak kasut. Hmmmmm.. pelik lah.! Dan selalunya pelajar sekolah ini akan berusaha untuk menyorokkan tarikh hari jadi mereka, kerana tidak mahu “menyusahkan” rakan-rakan untuk melakukan tradisi ini. Oh tradisi ini dipanggil, “Lauk”.
Kembali kepada  cerita asal, ada seorang rakan, S (bukan nama sebenar) adalah seorang yang “popular” dan sering  diLauk oleh kawan-kawan. Kami pun pelik kerana tercatat di IC bahawa  tarikh hari jadinya adalah ‘setiap hari’.  Untuk memelihara tradisi yang unggul ini, kami pun me-lauk beliau di setiap  waktu yang berkesempatan.

Arakian di suatu pagi yang indah, bergema laungan manja suara-suara garau remaja lelaki yang baru pecah; “Happy birthday to yooooooooo...” memberi isyarat kepada semua bahawa seseorang rakan PERLU diraikan. Setelah semua berkumpul, didapati bahawa pagi itu, S menyambut hari jadinya lagi.  Seperti biasa, setelah selesai nyanyian, semua rakan-rakan “menepuk bahu” dengan ucapan “tahniah”. Namun kali ini sedikit berbeza apabila S tumbang ke lantai dan pengsan. Suasana riang ria bertukar menjadi kecoh dan panic. Mujur rakan-rakan dari persatuan Red Cross pantas bertindak dengan menyuruh kami memberikan ruang ‘nafas’ dan membaringkan beliau secara betul. Tak tahu dari mana, (rasanya ada orang yang report), cikgu English muda yang cun tiba di lokasi kejadian. “Apa jadi ni?” beliau bertanya. Tanpa menunggu jawapan, Cikgu cun itu meluru kepada S yang sedang terbaring kaku  dan mencuba segalanya untuk menyedarkan S dari pengsannya. Di tepuk tampar dan dibuka butang baju S untuk melegakan pernafasan. Alhamdulillah syukur. Tindakan Cikgu Cun telah mendatangkan hasil kerana bukan sahaja S telah sedar dari “pengsan”nya, “adik” S yang telah “tersedar” dahulu! “bangkit”  dan terus  “berdiri” gagah seperti tiang elektrik!! Hahaha menyedari keadaan yang memalukan ini, Cikgu Cun terus beredar dari kelas itu dan  rakan-rakan tidak habis mentertawakan kejadian “boner” tersebut sehinggalah ke hari ini, masih segar dalam ingatan walaupun setelah  16-17 tahun insiden ini  berlaku.

Kepada Cikgu Cun (aku dah lupa pun nama dia), thank you very much for everything especially for proving that the dude is not gay! HAHAHAHAHAHA! Selamat Hari Cikgu semua.. Besar pahala cikgu-cikgi ni tau..

Monday, 14 May 2012

RM11.40 Tau Fu Fah

I'm a fan of Tau Fu Fah. Dulu masa aku kecil, ada satu van Tau Fu Fah mengelilingi Seri Gombak, dengar je music dia, berlari aku dengan mangkuk besar! Masa aku di VI, aku akan singgah di Petaling Street untuk 'kena' Tau Fu Fah..baik untuk darah dan kulit katanya.. Sekarang ni, kalau aku pergi Ikea, aku akan cuba stop by di foodcourt bawah tu untuk pekena Tau Fu Fah.. Note: Tau Fu Fah = makan, Tau Cheong Soy = minum (soya bean)

Last Friday, sementara menunggu Penang Bridge clear, berjalanlah aku seorang diri di sekitar kedai-kedai luar USM tu. Tak tahu kenapa tiba-tiba ter-mengidam Tau Fu Fah, dan dipendekkan cerita, terjumpa pulak café jual Tau Fu Fah! Tanpa membuang masa, aku pun ke café tu dan pesanlah.."Tau Fu Fah satu, brown sugar ye.." kat brader Nepal ni.. aku perasan belakang dia ada minah Indo kerja. Sekali aku ternampak dalam menu " herbal jelly"..(warna hitam, pahit tapi makan dengan honey)...another favourite of mine. Aku pun order lah herbal jelly tu. Baru aku nak buka cup tu, minah Indo tu tegur aku, "abang, abang melayu kan? yang tu tak boleh makan..sorrylah dia(pekerja nepal) tak tahu"..aku pun.."oh ok"..aku pun pulangkan balik jeli tu..FYI, mak aku selalu buat jeli ni, dan aku tahu bahan apa dan serbuk apa yang digunakan untuk untuk menghasilkan jeli herba tersebut.

So lepas settle aku sental Tau Fu Fah tu, aku pergilah ke kaunter, nak bayar. Lepas tu aku tanya minah tadi, "kenapa jeli herbal tu tak boleh makan?", dia jawab, "Jeli tu, orang luar yang buat.." (meaning, kontrak orang luar supply) where else makanan lain di Café tu semuanya diaorang masak sendiri..

So aku tanya "berapa?", "RM1.40" bang. Aku pun bayar RM1.40 dan beri RM10.00 untuk 'hati' dia.

Gambar sekadar hiasan.        
Pic source: http://www.bestmelakaguide.com/image/tau%20fu%20fa3.jpg

Saturday, 12 May 2012

Viva Voce

This new interface confused me..

Anyway, yesterday was my viva voce,  nailed it!! hahah

Lepas ni kena buat minor corrections, submit to supervisor, kalau ok, submit hard copies . Tak payah buat presentation/ defend research dah!

Targeting July, so i can convo in September! Kalau jadi, (insyaAllah..amiiiiiin banyak-banyak!) tercapailah salah satu target hidup, iaitu getting my masters by 30. Yeay!

p/s: "Sambung belajar" memang simple bunyinya.. but sambung belajar sambil bekerja with anak-anak yang tengah active ni...adoi~

p/s2: first time sewa bilik hotel..guest house, tapi tak merasa katil@tidur di bilik tu..

Wednesday, 4 April 2012

Freakin Common Sense People!-A Malaysian toilet dilemma

Why is there a 'Please flush after use' sign? Bodoh sangat ke manusia ni sampai buang air pun nak kena orang ingatkan? Kucing pun pandai cuci sendiri! And despite wujudnya signage itu, masih tinggalkan najis untuk orang lain basuh!!! bangang!bangang!

Why squat on toilet seat? Use lah the squatting toilet!! Penuh shoe prints on the seat..ingat orang suka ke? If you want to practice your balancing act while pooping pun, take off your freakin shoes!and do it at home!!!

Kalau nak pee in the toilet, lu aim lah betul!! kalau dah memang bodoh tak tahu nak aim, lift the seat cover! air ada kan? basuhlah balik rims tu! kalau tak pandai lagi, sit and pee! Bangang lagi, don't pee in the cubilcle..go pee outside in the urinals!!



Menangis

Bila last aku menangis? Setahun? Lebih kot.. Wah lama juga tak menangis ni.



Tapi pagi tadi aku menangis.



Sebaik aku siap nak ke ofis, FIL inform dia nak balik KL hari ini. Emergency. Then MIL pulak tambah kata dia akan bawa Umayr sekali.



Aku congak dekat 10 hari aku takkan lihat,bau, peluk cium Umayr.



Aku yang dah nak keluar rumah tadi terus patah balik masuk bilik PIL untuk jenguk budak tu.Aku ciumnya kiri, kanan,atas,bawah, tak cukup lagi! aku dukung pulak,peluk kuat-kuat, cium lagi..dengan berat hati aku berkata" ok"-kelulusan untuk PIL membawa Umayr ke KL.



Lepas tu aku mundar-mandir dalam rumah, berat hati nak keluar, aku masuk balik bilik PIL, peluk cium Umayr yang sedang tidur tu lagi, sampai dia separa terjaga.. cakap "no!no!"- sebab aku kacau dia tidur. Memandangkan perjalanan aku ke ofis jauh lagi.. dengan seberat-berat hatinya, aku pun masuk ke dalam kereta. Pedal accelerator ni terasa berat lah pulak! Seberat butir-butiran air mata aku yang mencurah-curah keluar. Terasa mata mula membengkak.. aah sudah! Terus aku cuba menenangkan diri agar mata tak membengkak-member kantoi.

So this morning, this emotional, sensitive muscular handsome chap menangis dekat 10 km perjalanan ke ofis.

Tu baru terfikir tak dapat jumpa 10 hari! Belum lagi tak jumpa selama-lamanya? Daymn!..



My heart sincerely goes out to all the parents yang kehilangan anak-anak yang tersayang.


*Update (5/4/2012)

PIL tak jadi pulang semalam. Pulang ke KL today with Izza and the boys.

But this morning, Umayr terbangun from my routine rounds of smooching, " no! no! no!." a disaproval supaya Daddy tak pergi kerja.. then mintak dukung.. looked at the watch, terpaksa minta FIL dukung and he went "Daddddyyyyyyyy! Daddyyyyyyyyy!!" he cried all the way to porch..


man..



Sunday, 18 March 2012

Black Album



Our family portrait..hehe

P/s: Dear Umayr, Today we discovered that you're able to recognize alphabets! At 2 years+ old! Ain't that kinda early mate? Damn proud of you boy!

Wednesday, 7 March 2012

My last motorcycle design project



Finally..after roughly 2 years of design and development, my last motorcycle design work has hit the market. Launched on March 1st 2012. I was in the team during the initial stage of the project right up to surfacing design (then i left for Inokom). Maybe the end data pun dah banyak ubah sampai hilang hasil sentuhan aku. Well I don’t mind. I don’t mind at-all. Yang penting, project ni dah siap and I’m damn proud of it.

Designed by Lee (Roslee – also the ‘father’ of GT and CT) with support of design styling members and engineers yang makan durian, petai and tempoyak. Yes they’re local, Malaysian. No re-badging or ciplak design whatsoever. Designs were done from scratch! So to all you negative Malaysians out there (yes I’ve read your comments)..terpulanglah. Sampai bila nak mengagong-agongkan orang luar?

Tuesday, 6 March 2012

PRU 13



Politics sucks. Nak dekat pilihanraya ni, lagilah meluat aku dengan politik. Page 1, 2, 3 ,4 sampailah page sukan..semua ada bau-bau politik. Namun..aku tetap baca dan ambil tahu jugak. Walaupun meluat! Entahlah...kenapalah aku kisah sangat dengan gossip orang-orang tua ni. Skandal duit, seks, dia kata dia ni jahat, mamat tu kata dia jahat... Aku terdengar satu ceramah haritu. Apa bezanya ceramah agama dan ceramah politik? Penceramah agama akan selalu minta diampunkan dosanya, yang buruk datang dari si penceramah dan yang indah datang dari tuhan..ceramah politik on the other hand, pengisiannya kutukan, cerca dan asyik cari kesalahan dan mengaibkan orang je. Nak minta ampun? Nak dengar kata “saya bersalah”? ..jangan harap.

Anyway, this is my prediction for the next GE.

Perlis –Although It will be tough with Haron Din; and there might be a small scuffle between Shahidan Kasim and Md Isa – BN will win..

Kedah – Despite all the ‘exco’ dramas, PAS will continue to rule Kedah. No major issues in Kedah.

Penang – DAP. Gerakan is so out of the picture. What happen to Gerakan?
Perak – This is a tough one. Although BN ada tambahan Indian voters, many are still angry with how BN take over Perak. Where is MIC? siapa presiden MIC sekarang? Hmmmm..I put my money on BN, but small margin

Selangor – Also a very tough one. Pakatan’s strong hold. BN will do anything to get Selangor (the richest state) back! My prediction- there will be another tree parliament

Negeri Sembilan – BN.

Melaka – Melaka is happening. Plus another Hard Rock Cafe will be opening in Melaka soon! I’ll vote BN.

Johor – Chua Jui Ming is not a threat to Umno . A stronger BN in Johor

Pahang – haha 2008 takkan berulang. Najib sure tak nak tragedi pak Lah berulang. So BN will win in Pahang. Ah Jib Gor is Pekan’s finest.

Terengganu – Indecisive state. Sekejap BN, then PAS now BN balik. I don’t know. Pas is very confident in capturing the state back. Hmmm.. i’ll go for BN.

Kelantan – 1990 and beyond!. PAS. PAS and PAS.

Sabah – BN menang lah ni.

So i predict BN will win PRU13, with a higher margin. Calon Bebas akan bertambah, pilihanraya yang paling beremosi and despite using permanent ink, issue pengundi hantu ,undi pos dan rasuah akan tetap timbul.

Monday, 5 March 2012

Blurry



Sad. Can't imagine living life without the 2 boys..Mintak simpang.. amiiiin..