Tuesday, 28 October 2008

My KL trip

I enjoyed my Deepavali trip. First and foremost, of course lah jumpa wife tersayang.. Secondly, I’ve managed to add a new “brother” to my DSLR family, thirdly dapat jumpa dan beraya with my VI brothers, visited uncle yang baru kena minor heart attack and lastly attended my ex colleague , Jawer‘s kenduri kahwin in Banting. Accomplished all that in just 3 days! Hebat!

HVL-F58AM-link to Sonystyle 
 Went out with sifoo (check out his website!)to look for a new flash gun. At first I was aiming for a slightly lower spec model (the F42-budget in mind), but suddenly we saw the F58 model, and was very surprise with the price tag! Have been read and impressed with the reviews few months back, and some injections by the sifoo, so I decided on it. Ada drama sedikit. At first, the machine rejected my credit card, and I was so disappointed, frust gilaaaa because we have tested and belek the flash for nearly 2 hours kat kedai tu. Dalam keadaan sedih, we walked back to the car in Low yatt. As we were about to enter Low Yatt, Abang called..heheh I call that fate..

left to right : Sifoo at work, one of the earlier pics using the F58, the new addition..welcome-welcome!

Konvoi Raya 2008-link to 99ers
So far dari 1999, my batch tak pernah miss mengadakan konvoi Raya. One year tu sampai dekat 10 kereta, even last year’s pun consider ramai! This year nyaris-nyaris tak jadi, nasib baik. Although tak seramai dulu, but still we’ve managed to go 4 houses (I pi 3 rumah je). Special this year, ada baby yang ikut sama!

Kenduri Kahwin Jawer
Jawer was my ex colleague. He is now attached with Media Prima. Sempatlah lari pi Banting tengok dia kahwin. Lee and family came all the way from Kedah. Nazmi of Lotus and Nizam of Emos were also there.

Deepavali@ Muthu’s-link to 99ers
Since 1998, I think I only missed 1 Deepavali at Muthu’s. Ni pun jadi macam satu tradition for our batch. This year tak berapa ramai like previous years..tapi still best jumpa school mates yang jarang2 jumpa!

left to right :konvoi at Jep's, jawer's wedding and Muthu's Deepavali

I don’t know why, no matter how many friends you’ve got, school friends ni lain macam sedikit..kan? Style melawak pun lain, style borak-borak pun lain..kita rasa loose sikit bila melepak dengan school mates. Next year I’m organizing our batch’s 10th year Reunion probably dekat school. Can’t wait..


 

Friday, 24 October 2008

Ear infection

Currently I’m on "Mono" mode. I have an infection in my left ear and it is so DAMN irritating. Went to Pantai Medical SP last Wednesday, drugged and have been sleeping early since then. So what causes ear infection? The doctor said there are three:


1. Excessive ear digging – (“luckily” seldom do that..hehe)


2. Swimming – It seems that the chlorine used in pools is quite harmful to our inner skin..ya ka?


3. Shampoo – Ha! I think this might be the culprit. Maybe the Ph level of the shampoo is not suitable for my skin.


So how to avoid from getting one? Don’t clean your ears, don’t jump in the pool and don’t shampoo. Hahaha..

Tuesday, 21 October 2008

I'm back

Wah dekat sebulan tak boleh update! My pc crashed (again!) and left me "pc-less" for nearly 1 month.. i can't access my files and folders, update my 99ers website and macam-macam lagi. Want to write more, but it is 6:46 am, i have to get ready to go to work..Izza is going back to KL this evening, and over this weekend, i will make a trip back to KL. Still Syawal? Selamat Hari Raya..enjoy my raya "moments" on the left and Capt. Din's wedding at PWTC on the right. 

Tuesday, 23 September 2008

Selamat Hari Raya 2008

I heard this once in a ceramah. The ustaz said, Nabi Muhammad SAW’s favourite doa sounded something like this, “Ya Allah, Tunjukkan aku yang Benar itu Benar, dan yang Batil itu Batil”. Did I get it right? Can anyone help clarify this? Anyway, to me that Doa is marvelous! Pencuri takkan mencuri kalau dia tahu yang mencuri itu salah. Si pembuang anak pun takkan buang anak kalau dia tahu apa yang dia buat tu salah. Dan orang takkan meniggalkan solat kalau dia tahu dan sedar bahawa meninggalkkannya itu adalah salah. InsyaAllah I hope I can amalkan this doa as long as I live.


Loyalty
Apak and mom were in Gurun over the weekend. Best ada company at home but better kalau ada wife sekali..:( . Anyway last night I was bombarded with questions and ideas about my career. I don’t blame them for being “over” concern about me. Siapa yang tak risau pasal anak sendiri? I guess they’re tired of me telling stories of my successful friends, the “doughs” they’re rolling and how they’re enjoying their huge amount of bonuses. “ Dik, you’ve been working for how many years now? Nearly 4 years already! It is time for you to move on! You’re still young and there are still high demands for skilled person like you. Once you hit 30, the doors will be closed. And you’ll be stuck for the rest of your life! You don’t have to be so loyal to the company! Look at…” and so on.. Hmmm…true true. My friends ada yang dah jump to 3 -4 companies and they are now drawing triple!.Loyalty. I remembered what my lecturer told me on my last presentation. “ Sharel, bila awak bekerja esok, awak akan jadi seorang pekerja yang bagus..” That time I don’t really quite understand it, hanya kembang di puji je. But now dah faham. I am a very loyal person dan tak kisah pun untuk berkorban for the company. But for the past few months ni agak tercabar juga. Salah satu petanda pekerja yang demoralized adalah :

1. pagi-pagi takde semangat nak pergi kerja. Malaaaaas yang amat sangat nak menjejak ke ofis.

2. sifat-sifat rebellious terhadap kerja sudah mula timbul. Emotional conflict. Semua tak betul walaupun kita tahu yang benda tu betul.

3. Pekerja yang negative. Bos announced keuntungan bulan tu 10 juta sekali pun boleh jadi isu negative.

4. Cara jalan pun dah jadi malas, baju pun dah serabai, dah tak kisah dah apa orang cakap..

5. Bila semua ni berlaku, performance pun drop. Bile KRA dapat rendah, lagi lah demoralized, lagilah performance pun hit rock bottom.

Kenapa terjadinya “demoralized”?

1. Gaji – Macam mana minat buat kerje tu pun, kalau setiap bulan asyik nak kena fikir macam mana nak survive the remaining 2 weeks with only RM100 pun susah jugak. Fikiran kusut, concentration towards work pun dah lari ke mana. Kena pulak member sepengajian dulu gaji dah 2,3 kali ganda. Envious and jealousy dah menyucuk lah pulak.

2. Not appreciated. Susah sangat ke nak cakap “Thank you”? Kena keluar duit ke bila cakap thank you? Tak kaan?

3. Ketidakadilan. Apabila kenaikkan gaji atau pangkat adalah berdasarkan kepetahan lidah berbanding hasil kerja yang cemerlang. Siapa buat bising, condemn orang, pijak kepala, jilat licin dia lah yang akan naik. Yang duduk diam, jujur, buat kerje elok2 tu yang takkan berjaya. Bak kata John Mayer, “..I just found out there's no such thing as the real world, just to lie you've got to rise above..”

Untuk berjaya patut ke aku berubah jadi orang lain? Buat bende2 yang aku benci, dan berjauhan langsung dari character asal aku? Berbaloi ke aku berlakon setiap hari?

Hari Raya 2008

"Sebagai seorang ketua rumah yang adil dan saksama..tahun ni, "abang" telah menetapkan, bahawasanya, Hari Raya 2008, akan di sambut di...(drum roll) ............rumah awak!"
Heheh it will be a new Raya experience this year because for the first time (ever!) i'll be celebrating Raya with another family..my in laws.. yeah Izza's turn this year.tapi tak rasa sangat kot because both of our houses are only a broomstick apart..hehe..but still! another "first"..and also another "first", raya tahun ni ada theme. Before this nak beli baju melayu pun susah..but this year ada theme!haaaa! Hmmmm..ikut je

Ampun maaf jikalau ada yang tersinggung perasaan dengan saya, sesungguhnya saya cuma makhluk Allah yang lemah dan mudah membuat kesilapan.

Selamat Hari Raya to you and have a happy long holiday! Drive safe please.

Tuesday, 9 September 2008

The Naked Chef

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Khutbah Jumaat lepas telah mengingatkan jemaah bahawa betapa hebatnya bonus dan nikmat-nikmat yang dianugerahkan oleh yang Maha Besar Allah Hanya di dalam bulan Ramadhan berbanding bulan Syawal yang peliknya sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat kita sehinggakan baru seminggu berpuasa dah sibuk mengucapkan Selamat Hari Raya di TV. Contohnya seperti menolak hadiah wang tunai RM72 juta yang di depan mata tu, tapi ambil hadiah yang harganya RM1.20 je. Pelik kan? Bulan Ramadhan tahun ini, sama seperti 2 tahun lepas jatuh pada musim hujan. Alhamdulillah kurang sedikit bahang tengahari tetapi suasana dingin melaparkan perut. Kesian makcik dan brader-brader yang pulun nak dapatkan lesen pasar Ramadhan.


VIOBA Dinner & Merdeka Countdown @ Menara KL


30hb lepas saya dan isteri telah menghadirkan diri ke VIOBA Annual Dinner di Menara KL. Walaupun scale dinner kali ni agak kecil berbanding yang lepas (KL Convention Centre, Shangri La hotel etc), grand finale majlis itu sungguh hebat dan akan kami ingat sampai bila-bila. Bila lagi kami berpeluang untuk ke tingkat paling atas Menara KL, keluar dan mengelilingi menara melihat Kuala Lumpur di tembak bunga api Merdeka yang kosnya lebih daripada 20 juta! Yang hebat lagi, ini adalah kali pertama kami memandang ke bawah untuk melihat bunga api! Cool kan?

Anak Penakanz


Selain tujuan untuk berpuasa bersama keluarga, lawatan ke KL yang lepas bertujuan untuk melihat anak buah baru yang masa tu baru berumur 10 hari. Abang dah ada dua anak dah. Syabas! Balik rumah Izza, anak buah seorang lagi, Afrina pun ada. Malangnya tak sempat nak ambil gambar dia. Maknanya, Izza dan saya sudah ada 3 anak buah!

Naked Chef


Pernah dengar rancangan memasak "Wok with Yan"? Rancangan ini ditayangkan lama dulu semasa aku di sekolah rendah atau lebih awal daripada tu. Sebenarnya aku baru sedar, aku ada 'sedikit' minat dalam bidang masakan ni. Kenapa?

1. Aku baru perasan yang masa aku kecik dulu aku layan jugak tengok rancangan memasak. Tengah flip channel, kalau ada rancangan memasak mesti pause sekejap, tengok dia masak apa dulu.

2. Sekarang pun aku masih layan rancangan memasak, terima kasih Astro for the Asian Food Channel. Channel tu telah ku calit bintang putih di tepinya.

3. Kenduri kendara, aku akan sibuk tengok pakcik-pakcik tu masak dan kadanag2 aku pun menyibuk masak jugak. Sampai ada brader tu tegurlah yang aku tak berganjak duduk kat situ dari pagi.

4. Bila sampai hari malas aku, aku lebih rela masak daripada keluar makan. Hmm pelikkan?

5. Individu-individu yang membuatkan aku mula memegang periuk adalah:

a. Ambi - cousin aku (aku ingat lagi masa sekolah rendah dia ada masak nasi goreng letak kicap je. Aku cukup kagum tengok dia masak masa tu!)
b. Omar - Salah satu hobi Omar masa sekolah menengah dulu adalah membuli budak junior dan "bergurau senda" kasar dengan orang. Namun mamat macam ni pun tahu masak. So aku pun kagum lagi!
c. Yon - Housemate budak Sports Science. Selain mewakili negeri dalam memanah, skil masakan beliau juga hebat. Sungguh mengkagumkan.
d. Mak - Bila dah pegang periuk, kena belajar masak. Dalam dunia ni, masakan terhebat adalah masakan ibu. Tanpa masakan Ibu, siapalah kita? Resepi banyak dirujuk daripada mak.

6. Bukti lagi? Minggu lepas aku masak untuk berbuka. Dan minggu ni pun aku masak lagi. Bukannya aku terrer masak pun. Balik-balik lauk yang sama. Tunggu wife balik Kedah pulak untuk belajar masak dari dia!


Masakan yang telah dimasak setakat Puasa ni:
1. Nasi Putih Hebat
2. Kacang Buncis dan Cendawan Goreng Extravaganza
3. Telur Dadar Rangup Meleleh Air Liur
4. Steam Dory Fish Syabas!
5. Sweet and Sour Chicken Cinta
6. Kobis Cina masak lemak Baik Punya
7. Kobis cina goreng Sedap Gila
8. Ikan Dory Cendawan 3 Rasa Sayang Eh!
9. Mushroom Soup Walla! (untuk sahur)

Tuesday, 26 August 2008

Ramadhan 2008


Khutbah Jumaat minggu lepas adalah khutbah paling menarik pernah saya dengar. Khatib tu menyampaikan khutbah stail ceramah. Dengan slang utagha dia, teguran pedas yang tepat sampai membuat ahli jemaah tergelak la..haaa serious kami tergelak kecil dengar khutbah tu. Ini adalah konsep khutbah yang aku tertanya-tanya dulu. “Kenapa diaorang tak buat khutbah macam bagi ceramah?”Kalau khutbah ni macam buat presentation, baca bulat-bulat dari nota .intonasi pun boring je..tu yang kerap tertidur..kalau stail ceramah, walaupun nampak macam tak formal, tapi mesej sampai, dan pendengar ingat. Itu yang kita mau!

Anyway tajuk khutbah tu adalah Persediaan Sebelum bulan Ramadhan (tengok! Dah nak masuk hari Rabu aku boleh ingat lagi tajuk khutbah dia!) Di antara point-point ustaz tu yang aku ingat:

1. Bila nak masuk bulan Ramadhan, kenapa orang kita asyik sibuk fikir pasal nak buat bisnes. Nak berniaga di pasar la, buat kuih la etc. Terlampau taksub sehingga terlupa yang bulan Ramadhan tu adalah bulan yang mulia dan penuh dengan ganjaran-ganjaran yang Allah akan kurniakan dalam bulan tu. Orang pergi terawih, dia sibuk duduk kat rumah jahit baju la, buat kuih la..kenapa tak ambil kesempatan berkat bulan Ramadhan untuk menambah nilai bank akhirat kita?

2. Bila Ramadhan tiba, orang kita menjalani ibadat puasa tradisi, bukan ibadat agama. Penat je berpuasa pagi petang, berlapar tak makan, solat fardhu dok tinggal. Isyak tak sembahyang, tapi sunat Terawih tak pernah tinggal (Tambahan dari Ustaz Sharel, terawih awal Ramadhan je penuh..lepas tu lenggang)

3. Di bulan Ramadhan, anak-anak boleh pulak di didik berpuasa suku hari , setengah hari..tapi sembahyang solat 5 waktu tak pernah pulak di didik yang semacam tu? Kanak-kanak kalau dah umur 7 tahun tapi malas nak sembahyang, hadiahkan je rotan bagi rajin.

Lebih kurang macam tulah.

Got this from Email.. Ramadhan Hand Book.Very informative.. siapa-siapa yang lupa niat puasa ke, solat terawih ke, ni ada guide dia. Sila download di sini. Free of Charge. PDF file.

http://docs.google.com/gb?export=download&id=F.ea9886fa-5e15-405c-a78c-5b95c7ffee75


So guys, bulan Puasa dah dekat. Marilah sma-sama kita MENCUBA mengambil kesempatan terhadap bulan yang mulia ini untuk beribadat. Jaga MULUT, MATA, TELINGA dan paling penting sekali HATI tu.

Kepada kawan-kawan yang first time berpuasa dengan bini/laki/pak mak mentua/anak, hayati dan belajarlah daripada saat-saat indah “first timer” anda.

Kesian orang Gurun. Tahun ni nampak gayanya macam banyak berpuasa dan berbuka sorang-sorang. :(

Monday, 25 August 2008

Abang Rahman, thank you.

Actually, I have received this attachment long time ago but a friend forwarded it again last week. Again, it brought the office down to tears. It just makes me wonder, Is Abang Rahman plain stupid? (even Mr. “stupid is as stupid does” know how to get around in that area) or both of them are very very very naïve..