Sunday, 12 August 2012

Industrial Design



IDE-2003

Industrial design is the practise of analyzing, creating and developing products for mass manufacture. Its aim to achieve forms which are assured of acceptance before extensive capital has been made and which can be produced at a price that permits wide distributions and reasonable profits
          Allahyarham Prof Dr. Tamyez

Thanks to Kak Muna.

Tuesday, 7 August 2012

Submission of Thesis (hari ini dalam sejarah)


So the day has finally arrived. Today I’ll submit my research of 4 years (could’ve been shorter) to IPS; 3 copies of hard binds, 3 sets of thesis burnt into CDs with couple of forms I blindly signed. Man.. this has been a burden, I blame this thesis for robbing the fun out of me, worst,   tahun-tahun terakhir umur 20an telah dihabiskan untuk thesis ini! Siut..anak pun dah lama tak jumpa, panggil “daddy” pun dah tak tahu.. “uncle, uncle…”  Umayr pulak cakap “stranger! Stranger!”
  
OK I exaggerated..semua ini adalah untuk kepuasan diri dan keluarga terchinta. Kalau tak dalam ‘acknowledgement’ tak letaklah nama diaorang sebijik-sebijik..

It’s 8 and I have to get ready.. meeting Cik Su at 10!

p/s: Oh Pakcik glamour sekejap in yesterday’s Sinar Harian. A VI friend posted the article in FB with caption “Takbir!”…haha yet to see the actual print..nantilah..

Tuesday, 17 July 2012

Monday, 16 July 2012

My 5th Wedding Anniversary gift to wife


The adventures of Sharel and Izza

Happy 5th anniversary yang!


MY 5TH WEDDING ANNIVERSARY from sharel on Vimeo.




Thursday, 12 July 2012

Dr. Martens


Favourite shoe? Doc Marts comes second after Chuck’s. Got my first pair of Doc Marts from Tangs Singapore way back in 93. It was the original 8 eyelet Cherry Reds. Love them but size 8 doesn’t last forever. My second and last pair was a grey, lightweight boot which I got from the store in Covent Garden. Coolest boots ever! Lightweight, rare and it grooves with every pants I’ve ever worn. But sayang seribu kali sayang, I abused it by wearing it as safety boot all through my  uni years; scratched and damaged, worst, the boots are nowhere to be found! Bummer..

Well, since my birthday is around the corner (hehe), i’m ‘OK’ with any of these. 

And i would love to get Izza one of these.. If she likes em..


Sure looks cool with baju kurung..hehe

Thursday, 28 June 2012

Hostel Life



Semasa menggosok baju, instead of  meletakkan iron di tray atau berdirikannya, aku akan baringkan ia dalam keadaan mengereng, a ‘habit’ yang aku adapt since hostel. Why? Sebab bahagian bawah iron yang aku pakai masa hostel tu pecah (kerana banyak kali jatuh) dan tak boleh berdiri. Walaupun iron yang aku pakai sekarang ni ok, aku still mengerengkannya. Dah jadi habit. Anyway and that got me thinking; apa lagi skills yang aku dapat dari hostel life?




Makan dalam plastik bungkusan.
“Pembaziran air adalah amalan Syaitan, amalkan kehidupan kitar semula- Sharel” 

Sesetengah orang kena makan dalam keadaan yang proper; Pinggan, bersudu, mangkuk etc. Pinggan yang ada di hostel ada di dewan makan di bawah. Kerana ketiadaan budak junior untuk ambilkan, aku pun develop skill untuk makan melalui bungkusan, tak kisahlah plastic bag ke, Tupperware dalam rak kasut ke.  As long as perut kenyang. Nasi pattaya, laksa atau meehoon sup, semua aku hirup! Lepas makan, terus buang. Tak payah basuh pinggan. Sadly, tabiat tak semonggah ni aku teruskan sehingga sekarang atas dasar mengekalkan kehidupan serba minimalis (dalam kata lain, malas basuh pinggan) serta Green Living (penjimatan penggunaan air).  

Membasuh pakaian
“Sesungguhnya , mereka yang menyuruh adik-adik junior membasuh bajunya, maka 2 minggu lah mereka berulang-alik ke sekolah menaiki bas!- Zaibo, Warden”

Memandangkan dulu baju-baju  aku semua mak yang basuhkan, skill basuh baju aku zero. Aku hanya basuh dan kapur kasut sekolah je. Namun hostellah yang mengajar aku bahawa  berus bukan sahaja digunakan untuk memberus kasut, malah baju dan seluar juga! Di hostel juga aku belajar kesan-kesan baju direndam lama, kesan baju yang ditinggalkan di amapaian, cara-cara perah dan mengeringkan baju secara efektif dan cara menyuruh budak junior membasuh baju sehinggalah warden kantoi  aku suruh budak tu basuh  dan digantung hostel seminggu. 

Main gitar
“Sesungguhnya, mereka yang tidak belajar bermain gitar semasa hidupnya di asrama, mereka termasuk di dalam kalangan orang-orang yang rugi – Sharel “

Masa tu zaman jamming. So guitar was hot! Macam-macam lagu aku belajar kat hostel. Kalau nak ikutkan aku memang tak dengar lagu melayu tapi nak jamming punya pasal, aku pun belajarlah.  Lagu XPDC dan apa entah nama  yang lain-lain tu. Metallica juga a favourite. Asal pegang guitar je, nothing else matter..part goreng, senyap..hanya  insan-insan istimewa dan terpilih  dikalangan kami yang mampu fill-in part goreng tu. Aku mempertengahkan budaya deftones dan weezer.  Oh! Bila teringat balik ni, banyak juga kaset-kaset dan bateri-bateri walkman yang aku bawa ke hostel. Kepada hostel-hostel yang ban walkman, i pity you..damn the man! (empire records)

Buat ‘O’
“Sesungguhnya, mereka yang tidak menghisap rokok di tandas  asrama, merekalah dari kalangan golongan yang baik-baik dan beruntung – Sharel “

Ye. Saya yang bodoh ini hisap rokok sejak sekolah lagi  dan ia berlarutan sehinggalah tahun lepas. Cool konon.. cait. Poddaah..masa tu Marlboro Lights 20s baru RM4.50 kot.. sekarang RM10!! Pergh.. Anyway atas lemahnya iman dan menyalahkan “pengaruh rakan sebaya”, aku tekun belajar buat ‘O’ atau ‘smoke ring’  dengan kawan. Tak taulah berapa batang yang aku dah habiskan atas tujuan ini. Akhirnya, berjaya juga.

Soalan:
Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman-pengalaman anda ini, adakah anda akan menaruhkan kehidupan anak –anak anda dengan menghantar mereka  menjalani kehidupan  di asrama?

Hmmm.. jika telah ditetapkan, nak buat macam mana? HE knows best.




Wednesday, 6 June 2012

Misai Plus

Impikan misai yang macho seperti Burt Reynolds? 

Gunakan Misai+Plus sekarang!

Misai Macho anda kan tumbuh dalam sekelip mata!



p/s: kesangapan menunggu mood buat correction thesis datang..