Friday, 17 February 2012

My One Year Old Anas!



Alhamdulillah. Another Project 365 has completed (Umayr's). This would not be IT without the hands of Allah, thank You so much!, the 2nd photographer, Izza aka 'the Mom', who has contributed numbers of beautiful snaps of Anas when he was not with me, Anas's best bud, Umayr-he must have gave our model a word or two-maybe tips on poses and stuff, and lastly the model himself, Anas. Well..although at times he was such a diva, but i enjoyed every second of the sessions and it was such a pleasure shooting him.

Anas, on your first birthday:
1. Gigi 4 batang (2 atas, 2 bawah)-kuat mengigit mommy
2. Rambut ikal dan nipis
3. Refuse to bertateh - rejected the walker
4. Sungguh laju merangkak
5. Menjerit, ketap-ketap gigi
6. Setiap hari menangis
7. Everyone loves you birthday boy..

Sunday, 12 February 2012

Anas 1st birthday party

Dear anas,

On 11th february (5 days early), we did a small do at no.40 to celebrate your 1st birthday. There were balloons, sweets (lots of them!), toys, chocolates, cakes, cup cakes..and  Alhamdulillah ramai yang datang!

Yang tak best, its just frustrating that i was sick the whole day, i tried to stay on and join the fun but the headache is unbearable. Parties & headaches  doesn't jive at-all!

We will have another one, on your real birthdate. I guarantee 'happening' but in a small scale. Oh remember i've promised to take you guys to Carnivale after i've submitted my thesis?! InsyaAllah next saturday we'll go!


Friday, 10 February 2012

9 February 2012

Semalam aku ambil half day

Nak submit thesis – 7 copies.

Aku tau bos ‘kureng’ gemar tapi nak buat macam mana? Buat bodoh je la


Bergegas lah aku pukul 12, Kulim – Penang Bridge – USM


Dengan perut kelaparannya, aku tunggu sampai pukul 2


Supervisor sampai pukul 2:30. Bagi green light untuk proceed.


Senyum ke telinga bai! (telinga aku dah lah besar!)


Langkah kegembiraan aku ke Dean’s office. – Pukul 3


Approved by Dean! Aku dah tak boleh duduk dah! Semua orang yang aku bertentang mata, aku hadiahkan senyuman


Last hurdle- submit to IPS


“dah pi scan dah?”

Scan apa ke jadah pulak ni?
Starting February 2012 semua thesis kena pi screen dulu untuk mengelakkan daripada plagiarism.

7 copy thesis yang kendong tadi mula terasa berat. Berlarilah aku ke atas untuk scan!


File aku corrupted pulak.


Berlari pulak ke student’s lounge. Semua computer rosak. Minta tolong student amoi dengan laptop. Still file corrupted. Berlari balik atas. Mujur ‘Mama’ tu baik orangnya. “takpa! Malam ni jugak saya email!!”


Settle satu.


Kendong lagi 7 batu bata tu turun untuk submit.


“dah bayar yuran submission thesis?”

“saya terbayar duit semester ni” Macam mana?
Kendong pulak aku 7 buah kayu balak tu naik ke bendahari.

Settle satu lagi.


“ isi borang penyerahan ni, cari saksi yang bukan staff IPS”

Vendor pulak call. Office pulak call pasal isu JPJ.
Jumpa vendor dekat USM. Bincang pasal design . Tak pasal-pasal dia jadi saksi untuk penyerahan thesis aku.

Settle satu lagi bahana.


Kendong balik 7 condominium tu ke IPS


Jam dah 4:20


“format ni tak betul encik. Abstrak kena letak belakang..kalau encik nak betulkan sekarang pun boleh tapi sekarang dah 4:30”


“MINTA MAAFLAH ENCIK..”


Agaknya dia perasan kekecewaan aku bila dia tengok muka aku dah melekat di kaunter dia- di tambah pulak dengan tangan aku yang tengah menggigil-tahan kekecewaan.

Aku pun pulang dengan penuh kesedihan dan kecewa.

Dalam perjalanan pulang ke kereta tu, aku melabuhkan punggung sexy aku ke bench. Tiba-tiba aku teringat yang aku bawak camera..






p/s: 10/2/2012 Sekejap lagi aku akan ke USM balik..



Wednesday, 8 February 2012

7 kopi

Selepas feedback lambat, ink habis.. dan habis (duit pun kering beli ink je),tiba-tiba printer rosak, pinjam printer jiran, beli lagi ink untuk printer tu.. finally thesis aku siap printing 7 copies!!! yeay!! Semasa dalam kekalutan tu, timbul jugaklah penyesalan. “ yang kau cari pasal sambung belajar ni buat apa?? Haaaaa? (style nasir bilal khan) ”..tapi menyesal tu sekejap je.


Ok bagi gua rehatkan otak yang dah bermalam-malam buat OT ni.. nanti aku sambung..


To be continued..

11 Months old Anas!!



More of him at http://anassharel.blogspot.com/

Monday, 2 January 2012

Hello 2012!

I’ve been so busy for the past week, tak sempat nak tulis my last entry for the year 2011.. Anas’s 365 pun tak sempat nak update!..ANYWAY..semoga aku boleh type entry ni secepat mungkin, sebelum internet block Blogger kembali at 1:00 pm.

2011 has been an eventful, fruitful, beautiful and whatever positive ‘fuls’ that you can think off. 2011 also marked the end of another decade in my life.. yes, ladies and gents, “welcome to the 30s”... Ok since time is running out, let’s take a peak of what’ll come out in the next entry/ies..

Uhm..



Aku terasa poyo pulak nak tulis...bukannya orang kisah pun...in-fact, bukannya ada orang yang baca pun! (“pun, pun pun..”-echo dalam gua..)

See you in my next entry! (Addressing to myself)


Monday, 19 December 2011

Mimpi Pelik Part 2

Akhir-akhir ni aku mimpi pelik-pelik la. Pagi tadi mimpi paling sedih dan impak dia masih aku rasa sampai sekarang.

Aku cuba ceritakan setakat mana yang aku ingat ye.

Ceritanya aku bercuti di JB. Walaupun takde rupa macam JB, tapi mimpi aku tu cakap, ‘JB’. Mencari hotel untuk menginap, jumpalah hotel ni, tapi perasan hotel tu penuh dengan orang tengah wallop buffet breakfast. Aku cakap” ramainya orang gomen!? Mesti hotel ni ada banyak conference room..” Aku tahu diaorang ni orang gomen berdasarkan pakaian diaorang. Shirt, slacks, gantung name tag seminar besar..
Macam mimip-mimpi biasa, tiba-tiba aku ada di scenario lain pulak. (Maybe ni lah effect of ‘blue disc not gold disc’).

Sedang berjalan dengan Umayr tiba-tiba satu letupan kuat berlaku! Sedar-sedar kawasan tu in chaos. Umayr hilang! Puaslah aku mencari, berlari sini sana mencari Umayr dalam suasana jeritan orang meraung-meraung..

*Blank

Aku jumpa Umayr. Umayr terlebih ceria dan manja dari selalu. Dalam dunia tu, hanya ada aku dengan Umayr je. Gelakkan tawa, tengok mata dia yang sepet bila gelak..macam-macam lah kami main. Geletek, lari sini sana..sukar nak describe betapa happy nya kami masa tu. Jauh di sudut hati, aku cakap, “tengok.. mana ada apa-apa berlaku!..”

Aku main kejar-kejar dengan Umayr. Terkekek-kekek dia gelak! Aku kejar dia sampai masuk satu bilik ni. Oh ada satu lagi Umayr dalam bilik tu! Waah bermain sakan lah aku dengan kedua-dua Umayr tu!!
Tiba-tiba Abang masuk bilik tu. “Abang! Tengok! Umayr sihat je!! Ada dua lagi Umayr ni..”....aku tersentak...”macam mana pulak ada dua Umayr?” Gelakkan tawa Umayr semakin pudar..badan, kaki aku lemah,Abang terus mendakap aku sebelum aku jatuh ke lantai..

aku ingat lagi sampai sekarang, in exact words aku cakap “ MasyaAllah..Umayr dah takde...Subhanallah.. “..lalu aku menangis.. abang cakap “ Umayr hidup lagi...dalam wad..”

*Terjaga

Umayr masih tidur di sebelah. Puaslah aku peluk, cium bagai.. Ya Allah..sedih gila perasaan aku masa tu..Tuhan sahajalah yang tahu macam mana perasaan aku...kalau mimpi dah sedih gila, kalau betul jadi (mintak simpang) macam mana agaknya?? Boleh jadi gila kot aku ni! Semoga Iman mampu menolong pabila kesusahan menimpa.