Saturday, 17 April 2010

Lil Monster is 7!



"What goes up,
must go into his mouth.."

Happy 7th Months old Umayr..





Tuesday, 13 April 2010

Emosi

Aku sembang dengan member hari tu. Dia kata “..Kita sekarang hidup dalam zaman jahiliah..” This is referring to the current trend of ‘suka-suka hati buang anak’. It’s a bitter pill to swallow. I agree with him. Tengoklah beberapa ramai ‘ibubapa’ bengap yang sanggup tinggalkan anak mereka di atas rumput, kelaparan, bermandi hujan dan panas terik lalu digigit semut-semut kecil sehingga hilangnya nyawa. Lebih perit, dihumban ke dalam jamban, tong sampah, longkang dan dilapah hidup-hidup oleh anjing dan kucing. Apakah semua ini? Istighfar banyak-banyak. Kejamnya binatang yang berakal ini. Binatang yang berotak kecil pun tidak sanggup meninggalkan anak mereka, Sampainya hati kamu.Dalam dunia ni, tahu tak ramai yang dah berkahwin tapi tak boleh nak dapat anak? Dan mereka ni bersungguh-sungguh mahu, bertahun-tahun mencuba, beribu-ribu wang dihabiskan, dah macam dapat, keguguran beberapa kali pulak…Ish..Memang celakalah mereka yang buang anak ni..

Sorrylah aku emotional sikit pasal issue-issue ni. Haritu on the way balik, hujan lebat gila..aku macam nak menangis bila nampak satu family ni meredah hujan lebat dengan motor cub. Si ayah di depan dengan anak sulung, maknya dukung baby (sebesar Umayr) payung dengan tudung dia je. Astaghfirullahalazim.. Hilang keceriaan aku petang tu. Aku cukup pantang dan sedih bila nampak family naik motor. Tak tahulah kalau mungkin mereka ada Porche Cayenne dekat rumah dan sengaja beriadah sefamili naik EX5 tua. Bersyukur aku banyak-banyak bila nampak benda-benda macam ni. Sampai rumah je, aku cium Umayr banyak-banyak, aku cakap kat dia, “Umayr, kena selalu bersyukur tau..bayangkan baby lain kena hujan, Umayr siap ada autogate untuk bagi Umayr kering.. jangan jadi Shazali tau..”

..Mata dia membulat je..





Monday, 5 April 2010

Umayr's 200th day White Album


200 days old - Umayr is very moody

200 days old - Umayr eases itchy gums with everything; from toys to Blackberry

200 days old - Umayr is very cheeky, loves element of surprise!

200 days old - Umayr always wants to be carried

200 days old - Umayr cries a lot.. ouch..

Happy 200th days Umayr!..
Izza, happy 200th days to you too!!

Tuesday, 30 March 2010

Umayr has spoken..

Maybe because of the discomfort caused by the ‘cooked’ stuff in his diaper, today, at around 7:40-ish am, Umayr turned to Izza, woke her up by whiffing his first powerful word, “ Maa~”. Umayr has spoken! Not just once, but three times!! The second one after diaper changed and the third time, spreading his arms, signalling to Izza to pick him up!


Umayr..umayr..jaga kau bila daddy balik nanti!!! Aku gigit-gigit si budak kenit ni!!!


Aku terkedu, masih ada..

Aku terkedu, masih ada..
Orang yang tidak tahu menggunakan sistem nombor di bank. Isi borang, tekan butang, ambil tiket, tunggu sehingga nombor giliran dipanggil. Aku percaya mesti ramai yang tidak tahu akan kewujudan Internet banking.

Aku terkedu, masih ada..
Bank yang mengambil masa lebih dua bulan untuk issue nombor pin kad atm. Set je lah default 123456, lepas tu minta user tukar cepat-cepat di teller machine.

Aku terkedu, masih ada..
Bank utama yang tidak mempunyai sistem internet banking. Dah lah charge standing instruction RM 5!

Aku terkedu, masih ada..
Bank yang hanya menyediakan kurang daripada 5 biji ATM machine sahaja di dalam sesebuah negeri.

Aku terkedu, kerana..
Start bulan ini, gaji aku masuk dalam bank yang tak perform, kurang infrastruktur dan menyusahkan pelanggan. Bayangkan setiap bulan aku kena ke ATM machine, withdraw semua, deposit balik dalam CIMB..

Sedikit cadangan..walaupun nak bagi untung ke bank itu, sediakan prasarana dahulu.. make sure system tu dah mantap barulah transfer gaji kami ke sana..

Celaka..Terima kasih kerana menyusahkan kami. Ke ini salah satu usaha untuk suruh kami lari ke syarikat lain ke?

Wednesday, 17 March 2010

6 Months Umayr

17 haribulan tiba lagi. Sekejap je..6 bulan dah Umayr di dalam hidup kami. Genap 6 bulan juga Izza dan aku bergelar ibu dan bapa. Perasaan? Kenikmatan yang sukar digambarkan. Ramai rakan bertanya, “ tak terbatas ke hidup kau sejak ada anak ni”? Memanglah hidup aku sekarang ni tidak sebebas dahulu. Dulu kalau nak keluar rumah pukul 2 pagi pun tidak ada masalah. Nak merewang pun tak perlu nak plan bersungguh-sungguh. Tapi macam mana ya nak explain benda ni? Walaupun aku tak “bebas”, aku tetap bahagia. Perasaan ini mungkin hanya akan timbul pabila seseorang itu melaluinya sendiri. Contohnya minggu lepas. Aku terpaksa bertugas di Kuantan dan Shah Alam dari Khamis sehingga Ahad. Malam pertama di Kuantan, peritnya hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu. Asyik-asyik teringat rumah..risau..rindu.. Dah la hari yang aku bertolak tu, sakit Umayr masih tak reda. Tengah makan malam di gerai, angin dingin sayup-sayup meniup, teringat akan kesiannya keluarga kepanasan di rumah. Kebetulan televisyen menyiarkan iklan lampin dan bayi-bayi comel, nak jadi cerita lagi, anak-anak kecil di meja makan jiran sebelah. Aduh..rindunya rumah! seingat aku, tidak pernah aku se-homesick seperti ini dan yang memeritkan, itu baru malam yang pertama!. Lantas aku cut-short work trip dan surprised Izza pada malam Sabtu, tidak tahan menaggung semalam lagi berjauhan dari mereka.

Bila dah ada anak ni, otak yang bengap ni barulah faham. Betapa kuatnya kasih sayang ibu dan bapa terhadap anak. Zaman remaja aku banyak dihabiskan dalam keadaan keluarga duduk nun berjauhan. Jumpa pun di kala cuti sekolah dan bila-bila mereka pulang ke sini. Setiap kali di antara kami nak pulang, mesti mak aku menangis (even sekarang pun masih begitu). Dan aku mesti tease her, “ alaaa ni pun nak nangis ke..” Sekarang baru aku faham akan nilai tangisan itu. Kalau aku yang hanya berjauhan selama 3 malam ni pun dah gundah gulana, ini kan pula nak tinggalkan anak selama berbulan-bulan, worst, beribu-ribu batu jauhnya! Itu belum masuk bab pengorbanan lagi! Ya Allah bila fikir balik, sampai hati aku merengek-rengek nak toys dan baju yang beratus harganya. Dalam keadaan sesak tu, boleh lagi diaorang layan juga kemahuan aku. Sekarang baru sedar, di kala cuti sekolah kereta mak disewakan, ada satu masa tu lepas kerja kena rush balik buat catering..segala kesenangan dikorbankan untuk kami, hidup selesa. Bayangkan, di kala susah itu pun, kami tetap di bawa bercuti walaupun duduk di hotel murah. Subhanallah..Persoalannya di sini:

Mampukah aku jadi parent sehebat mereka?

Doakan..




Umayr,

You have brought joy and happiness to our life! Your first 6 months was indeed fun and at times a challenging one. Challenging because you’re our first child and everything about you is new to us. Please forgive us for all the “gruelling tests” that you have to endure. If you find that our ways and methods is a bit weird, just relax and keep in mind that Mom and I loves you and would not even leave a scratch mark on you . Bare with us.. seriously, we’re fast learners.

Looking forward to more fun filled experience of you in the next 6 months! Can’t wait to witness your very first steps and speak in a language that mom and I understand.


Have a happy 6th months old Umayr..

Love,

Dad..





Friday, 5 March 2010

Three 3

1. Fashion

I think I have a problem with fashion. I’m born fussy when comes to buying cloths, pants and even shoes (shoes even worst- dah la size 11 is a rare in our market..cis!). This “problem” hit me again during our second trip to Hat Yai last weekend. Susahnya nak cari baju!! Design ni tak kena, design tu tak kena.. This is one of the downside of being a designer. Either I’m very fussy with fashion, or I don’t have any fashion sense at all! Tak tau lah..I partly blame the company for forcing us to wear uniform everyday thus shuts down our sense, taste and craves for fashion. I vote NO to Uniform!! No to Uniform!! Aik?,,

But lastly I managed to grab myself a few new cloths..at TESCO!..haha.. TESCO Thailand punya baju not bad laaa!..

2. ‘Umayr has spoken’

Although gibberish + ‘gremlin-ish’, once in a while “mammaaa~” and “dadaaaaa” blurted out! Maybe it is just random or by coincidence..I tell you, that really does made our day! Senyum sampai ke telinga cek oi!..Umayr is now 5+ months old..this is definitely one of the best time to play with Umayr! He is now able to react to our silly faces, smile..ooh his smile is precious! You should hear his laugh! Oh! Melting beb…lagi-lagi bila tickle his armpit..penggeli macam daddy dia..hehe

3. Binatang pun lebih mulia

Sejak menjadi ayoh ni, I’m very sensitive to news and stories of child abuse and gejala ‘buang anak.’ Why? Why? Why? Kepada yang buang anak, ketahuilah ada manusia dalam dunia ni yang bertahun-tahun berusaha nak dapat anak tetapi masih tak dapat-dapat! Daripada kau campak anak yang tak bersalah tu depan masjid, mati kesejukkan di gigit semut dan binatang, carilah mereka ni. At least hidup sihat juga budak tu. To child abusers, nothing much,.. I hope you burn in hell..