Friday, 10 April 2009

So long, farewell..



It is ok to cry..I feel you dude..i know you’ve tried everything and you’ve been waiting and wanting it so badly..it’s ok..it’s ok..yes..menangislaah.. let it out dude..let it out..nak tissue? Tisu..tisu..tisuuuu~

To the newly elected timbalan menteri, congrats!! may the force be with you…always..


(9:00 am's sun..sungguh cun!)

This will be my last weekend living in Gurun..Rumah sana, Lampu, kipas dah pasang 70%, tadi dah panggil makcik cleaner minta tolong sental rumah. We'll be sleeping over there tomorrow night! Yahooo! Acutally our first "sleep over" was last tuesday.. tak tahan sangat excited-nya! abang wireman kata dah pasang lampu kat master bedroom..heheh

Oklah better get back to the packings..This house akan dikosongkan by Friday next week..(ambil cuti! hehe)

Wednesday, 8 April 2009

The DAY Malaysians were devided


Bukit Selambau..


As expected, BN lost to PKR in Bukit Selambau. From the way I looked at it, people now likes the “anti” sentiments. Anti-government, anti-rulers, anti ISA ..rebel ..”rebel” may be the perfect word for it. The rebel alliance..It’s like Star Wars. The Imperials (the government) rules the sectors, and the Rebel Alliance consists of Jedi Masters, wookies (Pakatan Rakyat) fight the Imperials to claim their rights and freedom. Well, we know who won at the last episode.. but hopefully, as a Storm Trooper, I really hope that it will be the other way round. The imperials must first clean and destroy all the Siths. The negative forces must first be eliminated in order to reform and gain back the trust of the people from all sectors and planets.

Ok enough of geek wars..besides menang Parliament, banyak lagi benda lain yang ada menangnya.

Poster Spreads
I think the “Kapal Terbang” won. His posters, his face, his banners were everywhere!! From Bedong to Sungai Petani! Everywhere!! This dude is really kaya! Kesian to see that he only managed to get 73 votes.

Poster Design
Poster design goes to BN. This is for the design variance. Tak boring..yalah..they have the funds.

Mobile Support
Mobile support (poster cars and motorcycles) definitely goes to PKR’s supporters. Every road, every street mesti ada kereta PKR.

Supporters paling Taksub
I would say, the Pakatan Rakyat’s especially the PAS and KeAdilan supporters. Sungguh taksub dengan parti mereka dan kadang kala agak menakutkan.

Bonus Winners
Pemilik restaurants, kedai runcit, penjual air dan printing companies di sebelah sini..Masyuuuuk !! I bet last week’s sales are equivalent to their 3-4 months punya revenue!..

Friday, 3 April 2009

Let’s go Random 2!



1.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun Pak Lah di atas segala “jasa-jasa” dan “pengorbanan” beliau terhadap rakyat dan negara Malaysia. Kerana Tun lah saya mula membaca halaman depan surat khabar..(sebelum ni hanya bahagian tengah dan komik sahaja). Kini saya lebih mengetahui pasal kisah-kisah dan drama politik di Malaysia serta mengambil tahu mengenai perkembangan dunia di luar (saya subscribe magazine Newsweek yang dihantar setiap minggu ke meja saya ni). Terima kasih dan saya ucapkan Tun selamat bersara dengan bercucuk tanam bersama-sama Tun Jeanne. Saya “sayang” Tun Pak Lah! xoxoxo…hehe kalau Tun ada Facebook, saya bagi Tun Hugs and kisses lagi..


2.Perdana Menteri ke 6 Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kepada Datuk Seri, saya ingin ucapkan tahniah di atas perlantikkan Datuk, dan saya sungguh berharap Datuk Seri mengambil serius mengenai kenyataan “menanggung tanggungjawab yang besar” itu. Saya dan rakyat-rakyat kecil ini sungguh berharap agar Datuk Seri dapat menerajui semula negara kita ke arah menjayakan wawasan 2020. Tolonglah kami di industri otomotif negara ini..Saya juga berharap agar Datuk Seri mampu membuat re-branding terhadap BN dan menarik semula minat pengundi-pengundi khususnya golongan muda untuk memilih BN semula. Selamat berjaya di dalam pilihan raya yang akan datang ini. Saya tahu kalau BN kalah, ia akan memberi tamparan hebat terhadap Datuk Seri dan kawan-kawan. Tapi biasalah, bila BN menang, depa akan cakap pakai pengundi hantu..So menang atau kalah pun, bersedialah untuk menerima kritikan dan cemuhan. Selamat berjaya!


3.Bercerita pasal pilihanraya, aku baru sedar yang rumah baru aku ini di dalam kawasan Dun yang tengah hebat diperkatakan...Bukit Selambau. Dulunya senyap je kawasan tu, sekarang ni terus happening! Tengok owner kedai makan, kedai runcit semua senyum je..Minggu lepas masa makan, dah nampak dah 2 top politician....Azmin Ali dengan Mahfuz ..aku rasa ni kali ni macam candidate paling ramai je..15 orang!! semua dah tak percaya government masing-masing ke?


4.On the personal side, berat badan aku dah naik ke 83kg. Dan ini sangat membimbangkan! Kalau nak kira BMI, ideal weight aku adalah 77kg..di mana aku telah berjaya mengecapinya masa nak kahwin dulu. Aku blame sifat malas aku untuk bersenam, pemakanan yang tidak terjaga, serta kekerapan dan jumlah pemakanan yang tidak terkawal. Bukannya apa, Izza sekarang ni dah tak makan banyak, selalu tak habis, so aku kesian lah tengok nasi tu..nasi tu tenung lama je kat aku..buat muka sedih dia..sebelum dia menitiskan air mata, aku pun tolonglah makan dia..bagi dia happy..dan perut 3 packs aku..(Ohm namanya..hehe Izza ada Uhm..aku ada Ohm!!hehe) pun senyum manja je la..So ni aku dah bertekad. Selepas mengikuti The Biggest Loser selama beberapa bulan ni, dan semalam pulak Oprah tunjuk masa dia tengah kurus pulak, buat aku semangat nak menguruskan badan! Aku rasa metabolism level aku agak rendah, so aku target aku nak turun 3 kilo dalam masa 3 minggu.!! Kita nantikan kejayaannya!!

5.Update rumah ku, syurga ku..aku ada upah bangla Superman (Mamin- panggil dia superman sebab dia buat kerja pantas gila…senyum je bangla tu) untuk tanam rumput kat tanah tu..mula-mula konon nak buat sendirilah..tapi malaslaaa…kalau nak tunggu aku buat, sampai Uhm dah masuk form 1 pun aku tak buat-buat lagi..So hari tu pi lah cari tanah, rumput…aku baru tau ada 7 jenis rumput yang terjual kat Malaysia ni!..Jepun, Taiwan, Philippine etc..aku tanya Brader rumput tu, “kalau rumah orang pemalas, pakai rumput apa? “ dia recommend aku Rumput Philippine dengan Mutiara.. so aku pilih lah Philippine..bunyi international sikit..hehe plus cantik pun..so Sabtu ni depa mai hantaq rumput.

Memandangkan rumah aku tingkap keliling bangunan, dan tinggi sampai 90 inci lebih, harga curtain pun tinggi bagai nak rak jugaklaaah!!! Tension aku..mula-mula ingat nak pakai blind kayu je semua (kata rumah orang pemalas)..tengok cost, terus cancel…depan je blind, yang belakang tu semua curtain, tunggu Bonus GT 128 tu..haha Doa tu!

Seronok kalau hidup ni jenis kalau duit kering je, tekan Shift+Control+ Alt+C, type rosebud!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;!;. Terus dapat duit..semua benda aku boleh beli!! Sorry yang, kitchen kabinet, abang (cewah “abang” tu..) belikan bila ada rezeki lebih sikit nanti ye..

6.Kepada kawan baik aku tu, ketahuilah yang kami ni, rakan-rakan seperjuangan ini menyayangi anda dan kami tidak suka melihat kawan kami ditipu, tertekan dan dikecewakan. Ketahuilah yang kami tak dapat apa-apa keuntungan pun daripada segala penat lelah dan masa yang telah kami korbankan untuk anda itu dan semua ini dilakukan dengan ikhlas dan sejujurnya untuk menolong anda, menolong kawan karib kami. Segalanya sudah terang bersuluh. Janganlah membuang masa lagi. My last plea, put a big “full stop” on the chapter and move on. Please..

7.On the lighter side pulak, Kepada kaum-kaum lelaki yang jalan-jalan dengan aweks tu, tolonglah..Tolong jangan menjinjing hand bag aweks anda..pegang sekejap tu takpa, ni dok jalan2, siap letak kat bahu..ish please laaa..kalau depa tak nak pegang jugak , suruh depa tinggalkan ja kat rumah.

Kepada kaum-kaum lelaki yang jalan-jalan dengan aweks tu, tak semestinya anda yang kena bayar setiap kali keluar makan. Mainlah 1,2, jus!..Konon cinta punya pasal, semua benda nak, kau belikan..makan kau belanja..wayang kau belanja..telefon bill pun kau bayarkan..dia lari dengan jantan lain lu dapat apa? Senyum mengadap dinding je la..

8. Jamiroquai is in Malaysia people!!! Damn!!! Tension tension…bila band favourite turun, kita pulak yang tak boleh nak pergi..ni lah salah satunya yang tak best duduk jauh dari KL….Sakit hatije tengok iklan F1 kat TV tu…

Monday, 30 March 2009

Kenapa aku Cinta Dia?



Aku cinta Dia kerana Dia bangun pagi dan membuatkan sarapan sebelum aku ke kerja.

Aku cinta Dia kerana di kala aku terlambat dan bergegas untuk ke kerja, Dia masih lagi membuatkan aku sarapan, walaupun dengan hanya segelas air.

Aku cinta Dia kerana ritual salam dan kuncupan (dan terbaru kuncupan pada Uhm) setiap pagi sebelum aku berlumba ke kerja

Aku cinta Dia kerana masih mendapat sms-sms cinta yang aku dapat dari Dia setiap hari.

Aku cinta Dia kerana bersusah payah menyediakan makanan untuk aku

Aku cinta Dia kerana ritual salam dan kuncupan (dan terbaru kuncupan pada Uhm) sesudah berjemaah

Aku cinta Dia kerana dikala penat dan letih, masih memikirkan aku



Yang, sesungguhnya, aku risau tengok you muntah setiap hari. Bersabarlah ye..

Dengan itu, aku hadiahkan pada you sebuah lagu, terimalah! lagu yang berjudul, "Aku Cinta Pada mu.."

Sorry, sebab muka tak commercial, kenalah pakai Glenn untuk cover..you know i can sing better than that...hehe




Aku Cinta Padamu - Glenn Fredly

di malam yg romantis ini
tuk kau dan aku
tetapi dikau bagaikan air
yg membeku

masih terbaca ragu
di matamu
haruskah aku berikrar
tuk yg ke seribu kali

reff: aku cinta padamu, sungguh
aku cinta padamu, sungguh
mestikah ku ulangi dari mulutku sendiri
aku cinta padamu, kasih

sesungguhnya tak salah
bila kau tanya
begitu banyaknya wanita
yg tlah menggoda

tetapi setia kini
aku bertahan
masihkah kau tak mengerti
masihkah kau tak percaya




Ampunkan aku..Aku sedikit emosi hari ni..Izza muntah teruk tadi.. :(

Friday, 27 March 2009

UMNO




Sorry to say mr.KJ, my friends and I semua mengeluh bila you dapat the position. Yang happy adalah my friends yang die-hard opposition. Apakah maksudnya itu? Nampaknya seperti mr.KJ ni lagi ramai supporter dari group opposition.I wonder why.. Saya setuju dengan kawan saya, next UMNO election, bukakanlah pemilihan tersebut kepada ahli-ahli biasa juga. Perwakilan kadang kala tidak dapat nak mewakilkan dan membawa suara ahli-ahlinya 100 peratus.



Saya pelik kenapa Pak Lah macam marah je bila reporter tanya bila dia nak “step down”? Tak salah kot kalau bagi satu date .kami sebagai rakyat biasa yang menyayangi Pak Lah boleh lah buat kenduri perpisahan ke, bagi hadiah tanda terima kasih atas jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Pak Lah untuk rakyat dan negara. Kami sayang Pak Lah..sungguh..

Thursday, 26 March 2009

Minggu Transformasi..

So many happenings last weekend:

Thursday 19 March 2009
Izza was quite tired that evening, so we started our journey back to KL quite late, 10 pm. That was wife’s first trip back to KL since the two blue lines. We stopped at Gunung Semanggol R&R for an hour nap. Continued at 12, arrived KL at 3:00 am. Sorry yang..kereta Waja tu yang ajak race!

Friday 20 March 2009
Bangun pagi di rumah mertua. After breakfast, ke DKSH in PJ to pick up camera wife. Wife’s wedding anniversary camera rosak haritu. After that, melawatlah ke Ikea Sale. Parking was easy because it was a working day. Pusing punya pusing, 500+ jugaklah habis. Agak segan jugak jalan-jalan haritu, dan tak sangka, ramai jugak orang yang musaffir kat ikea tu..heheh
Petang tu ke jalan Ipoh, cari toilets stuff. Sumpah mahal! But last-last beli jugak barang-barang kat sana..cis..
Setelah transform ke baju melayu lengkap, mertuaz and us went to PJ to attend cousin’s majlis tunang.

Saturday 21 March 2009
Breakfast with Mom, abang and family at Bestari, Kiara. Lepas tu lepak di abang’s house sampai tengahari, bawak mak and izza jalan under the hot sun di jalan Pasar. Electronics Heaven! We bought a motion detector light half the price compared to the one selling in SP. Coolness! Belanja apak and mom to Chinese dinner at JAYA Jusco maluri..sayangnya makanan kureng..Tidur di Cheras..

Sunday 22 March 2009
10:00 am ke VI..Tepeng nak shoot mini movie for our reunion dinner. Memang best giler! They even invited cikgu untuk join berlakon!! Gila aku tak sangka! Pakai balik baju putih, badge and school tie, duduk dalam kelas, cikgu masuk kena bangun, “Selamaaat sejahteraaaa cikguuuuu..” meremang tengkuk..Tepeng belajar buat Movie kat Indonesia, dan few dramas dia dah keluar kat TV..respect, respect..anyway Peng..tak sabar aku nak tengok movie tu nanti..
At 12 have to chow, fetched izza, drove to No.40, picked up the Ikea Stuffs, drove to Kg. Sg Choh to deliver client’s wedding pictures. Alhamdulillah, nampaknya the client macam berpuas hati..Honestly, aku memang sangat berpuas hati dengan job kali ni..
Around 3-ish, masuk highway, first time lalu kilang PERODUA, arrived SP at 8 pm.
Before balik, sempat lagi borong lampu dan kipas plus, water heater!! Haha akhirnya ada water heater!! But akan dipasang di rumah baru. Aku tak kisah but kesian Izza nak mandi pagi-pagi..



more pictures here


Monday 23 March 2009
At 10 am, bertolak dari Sg Petani ke KL semula!!!! MODENAS GT 128 launching di Holiday Inn Glenmarie, Segala penat lelah kitaorang selama berapa tahun ni, akhirnya berjaya jugak dikeluarkan model P507 ni. And so far, compared to yang lepas-lepas, this is the best model launching pernah Modenas buat, the best marketing strategy and the best product. Styling yang mantap, reliable powerful engine, harga yang sangat-sangat murah. Nak apa lagi?? Tak boleh jual jugak tak tau lah!..That night, bawak the Kedahanz to Ikea, and to uptown DJ.



Tuesday 24 march 2009
After the wonderful breakfast di Holiday Inn, we took a slow drive back to Kedah. Stopped in Taiping for the over-rated Doli Kuew Tiow goreng. Nothing to shout about, not the best, I give only a 2.5 out of 5.
From Funkstar's Second Chapter

Sampai rumah di pangkuan isteri tercinta at 7:15 pm.. phew..

Dengan tak cukup tidur, muka naik jerawat pulak, mata dah lebam-lebam..sungguh memenatkan..anyway our istana akan ditanam lampu-lampi di perutnya minggu ini! Nasib baik tak payah pergi Bangkok hujung minggu ni..lega aku…

Thursday, 19 March 2009

Uhm's 11W 5 D photo shoot



Last night we had Uhm’s second photo shoot. Uhm was 11 weeks and 5 days old. Earlier, we’ve asked Uhm to practice senyum dan posing, Izza even thought Uhm to do the ‘Peace Sign’! Dan masa ‘shooting’ tu, Uhm telah menonjolkan bakatnya. Oh No! Obviously Uhm didn’t do all that stuff. At 11 weeks, dalam masa berapa minit scanning tu, Uhm telah executed few somersaults, stretching tangan dan kaki- ala-ala trapeze acts..Hmmm.. nampak gayanya, bila sudah dewasa kelak, Uhm bakal menjadi seorang ahli sarkis yang berjaya.

Hmm talk about carrier, hopefully I’ll be the type of father yang akan memberikan freedom kepada anak-anaknya untuk pilih sendiri arah tuju kerjaya mereka. Although deep down inside, I really hope that they can either be a Doctor, Lawyer or even an Architiect..kaya sikit! Why not Designer macam the dad and mom? “Uhm, dengarlah rintihan ABAH ni, walaupun bunyi profession ABAH – “ Motorcycle Designer” macam cool dan glamour, in Malaysia, “Designer” ni tidak dipandang dan tidak dibayar sehebat designer di negara omputeh tu..mungkin kalau ABAH ada Tatoo, rambut panjang pony-tailed dan 6 packs ABS (sekarang baru ada 3..sikit je lagi ni..) dan mempunyai raut wajah mat salleh, baru lah orang take notice dan bergaji tinggi..(tak relevant sungguh)..

Anyway Uhm..take your time in there. Carry on practicing and developing cool moves. Bila dah keluar nanti, I can show you some cool circus tricks from DVD for you to refine or refer, or maybe you can add some magic tricks into your CV. Tengok the 2 Davids and the guys from Mondo Magic tu..dapat travel, rumah besar, Copperfield tu kahwin dengan model lagi!



Seriously Uhm, it was such a great moment last night to see you show-off your wild gymnastic acts. Memang cool!